Pages

Tuesday, 31 August 2021

KENGSOM - dapur Khairul Aming

 Bahan Resepi Ikan Siakap Kengsom :



1 ekor ikan siakap saiz sederhana

1/2 biji nenas kecil

1/2 ikat kangkung

2 batang serai sederhana diketuk

1 biji limau nipis

Garam dan gula secukup rasa

1-1.2 liter air

Bahan Kisar Kengsom :


2 tangkai cili merah besar

8 tangkai cili padi – nak pedas masukkan lagi

1 biji bawang merah besar saiz bola pingpong

6 ulas bawang putih kecil

1/2 inci belacan

1 inci kunyit hidup


Cara Buat Resepi Ikan Siakap Kengsom :


#1: Kisar semua bahan kisar dengan air cukup sehingga halus

Masukkan bahan kisar,serai dan air secukupnya ke dalam periuk. Masak hingga mendidih. Tambahkan nenas dan biarkan air nenas turun sebelum dimasukkan ikan siakap.


Masak 5-8 minit sahaja ikan siakap bergantung pada saiz.Jangan masak lama nanti isi ikan hancur. Perasakan dengan garam dan gula ikut tekak anda.


#2: Tutup api selepas semua menjadi sedap, barulah masukkan kangkung supaya tidak terlebih masuk dan perahkan asam limau nipis ikut tahap masam anda suka.


Dah siap dah resepi ikan siakap kengsom ini. Tak rugi untuk anda cuba kan. Selamat mencuba.


Credit : Blog Dari Dapur

No comments:

Post a Comment