Pages

Wednesday, 18 August 2021

Resepi Tepung Pelita

 Resepi Tepung Pelita Paling Simple Masak Atas Api Je. Cuma 4 Bahan, Rasa Sebijik Macam Kat Bazar


BAHAN-BAHAN

Untuk bahagian hijau


1 cawan gula

1 cawan tepung beras cap apa sahaja selain 5 gajah

4 cawan air

1 sudu besar pewarna hijau epal

Untuk Bahagian Putih


4/5 sb tepung beras

200-250 ml santan kotak

3 cawan air

1 sudu kecil garam

CARA-CARA

1. MASAK BAHAGIAN PUTIH

Mula-mula satukan semua bahan untuk bahagian hijau ke dalam periuk.


Kacau dulu bagi sebati, masak dengan api sederhana sampai pekat.


Kacau berterusan ya. Jangan berhenti kacau sebab nanti berketul.


Dalam 10-15 minit adunan dah pekat dah.


Jumlah masa nak buat ni lebih kurang 1/2 jam sahaja.



2. TUANG DALAM BEKAS

Bila dah agak likat, terus masukkan panas-panas dalam acuan kecil-kecil.


3. MASAK BAHAGIAN PUTIH

Untuk masak bahagian putih, caranya sama juga seperti di atas.


Masak atas api hingga sebati dan pekat / sampai ada buih besar meletup.


Resepi tepung pelita viral

4. TUANG ATAS BAHAGIAN HIJAU

Bila bahagian putih yang dimasak tu dah likat, boleh tuang di atas lapisan hijau.


Tuang panas-panas ya.



TIPS TAMBAHAN:

Blendkan 2 sudu gula pasir sampai jadi gula hancur.


Tabur rata di setiap bekas sebelum letak bahan hijau.


Jadi lagi sedap bila gula tu cair bila adunan bahaguan hijau yang panas diletak.


(Kalau tak faham, tengok dekat bawah ni ada contoh gambar yang dipinjam dari Facebook.)

No comments:

Post a Comment