Pages

Tuesday, 31 August 2021

KENGSOM - dapur Khairul Aming

 Bahan Resepi Ikan Siakap Kengsom :



1 ekor ikan siakap saiz sederhana

1/2 biji nenas kecil

1/2 ikat kangkung

2 batang serai sederhana diketuk

1 biji limau nipis

Garam dan gula secukup rasa

1-1.2 liter air

Bahan Kisar Kengsom :


2 tangkai cili merah besar

8 tangkai cili padi – nak pedas masukkan lagi

1 biji bawang merah besar saiz bola pingpong

6 ulas bawang putih kecil

1/2 inci belacan

1 inci kunyit hidup


Cara Buat Resepi Ikan Siakap Kengsom :


#1: Kisar semua bahan kisar dengan air cukup sehingga halus

Masukkan bahan kisar,serai dan air secukupnya ke dalam periuk. Masak hingga mendidih. Tambahkan nenas dan biarkan air nenas turun sebelum dimasukkan ikan siakap.


Masak 5-8 minit sahaja ikan siakap bergantung pada saiz.Jangan masak lama nanti isi ikan hancur. Perasakan dengan garam dan gula ikut tekak anda.


#2: Tutup api selepas semua menjadi sedap, barulah masukkan kangkung supaya tidak terlebih masuk dan perahkan asam limau nipis ikut tahap masam anda suka.


Dah siap dah resepi ikan siakap kengsom ini. Tak rugi untuk anda cuba kan. Selamat mencuba.


Credit : Blog Dari Dapur

Monday, 30 August 2021

kari daging/ gulai daging

 Pernah makan #GulaiKawahKelantan tak? menu kenduri negeri ambo. Lama dah tak gi makan gulai.. nak balik kampung pun tak boleh musim pkp ni jadi kita kenduri dekat rumah aje lah.. kalau ada yang nak buat saya kongsi resepi cara ibu saya.



Resepi:


1kg daging potong melintang ira nanti cepat empok. Basuh bersih toskan


1/2 kg santan

4 sudu rempah kari

3 sudu kerisik

5 biji kentang buang kulit potong

Sedikit air asam jawa

Nise atau gula melaka

Garam gula secukup rasa

Bahan utk menumis (A)

1 labu bawang merah besar

2 ulas bawang putih

1cm halia


Semua diatas dimayang atau potong


1 batang kayu manis

2 biji buah pelaga

2 kuntum bunga cengkih

1 kuntum bunga lawang

Utk dikisar atau blend (😎

2 labu bawang merah besar

3 ulas bawang putih

2cm halia


Cara membuat:


Panaskan minyak dalam kuali tumis semua bahan A hingga garing dan masuk serbuk kari bancuh dengan sedikit air. 

Kacau rata hingga pecah minyak masuk bahan B kacau masuk daging kacau bagi sebati biar sehingga air daging keluar. 

Tambah sedikit air kalau daging belum empuk.

Bila dah empuk masuk santan kalau pekat masuk air tengok sebanyak mana kita nak kuah sesuai dengan daging.

 Masuk kentang biar mengelegak dan mendidih. Masuk air asam jawa garam gula nise secukup rasa dan kerisik.

 Biarkan mendidih merenih hingga pecah minyak. Gulai kawah ni makin lama didih dengan api kecil makin cantik dan sedap. 

Tadaa dah siap boleh makan dengan nasi atau pulut dan apa saja yang kita suka. Selamat mencuba semoga bermanfaat.


Kredit :Azizah Daud

Sunday, 29 August 2021

Sup Ikan

 Resipi Sup Ikan Merah



Tumis sampai brown bawang merah, bawang putih, dan halia(hiris boleh, tumbuk boleh)masukkan 1 sudu rempah sup dan tumis sekejap..masukkan serai sebatang( titik) ,akar ketumbar..dan sup bunjut.. masukkan air..

Bila dah reneh, masukkan ikan..


Bila ikan dah hampir masak, masukkan garam secukup rasa..masukkan tomato dan batang celery.. dah siap boleh taburkan daun sup/daun ketumbar/daun bawang ikut kesukaan..

Saya tumis pakai sesudu minyak zaitun sahaja..


Kalau suka masam boleh letak asam keping atau asam limau..saya tak letak..


Credit : Ainn Mustafar

Roti

 Dok cari roti gardenia perasa pandan tak dapat2. Hari ni isteri terus buat. Padan muka gardenia.



Resepi Roti Pandan kelapa untuk 1 adunan

1. 80ml santan kotak + air = 200ml

2. 4 sb gula

3. 1 biji telur

4. 11gm yis

5. 60gm butter

6. 1 sk k. fine ( Pelembut roti )

7. 2 sb susu tepung

8. 400gm tepong roti

9. Pewarna hijau sedikit + 1 sk paste pandan

Cara

1. Masukkan kesemuanya dalam bread maker. Set untuk doh hingga selesai

2. Lepas dah selesai, keluarkan doh, tumbuk2 dan canai memanjang

3. Tabur kismis, lipat2 doh dalam 3 kali lipat

4. Masukkan kembali dalam breadmaker. Tunggu hingga doh naik baru set bake.

Saturday, 28 August 2021

Nasi Arab

 Nasi Arab Super Simple La'nina .

(portion utk 4 orang makan)



Bahan-bahan untuk rebusan :

4 potong ayam (saya guna whole leg)

4 mangkuk air bersih

1 kiub ayam

1 biji tomato (potong 4)

1 labu bawang besar (potong 4)

2 biji lada hijau (potong 4)

1 batang kulit kayu manis

1/2 camca ketumbar biji

1 /2 camca jintan manis biji

1/2 camca lada hitam biji


Bahan-bahan untuk tumis :

1 1/2 mangkuk basmathi extra panjang

1/2 camca ketumbar

1 /2 camca jintan manis

1/2 camca lada hitam biji

1 helai daun pandan


Cara-cara :

1. Rebus semua bahan untuk direbus selama 30 minit dan perasakan dengan garam , ajinamoto atau cukup rasa , terpulang pada anda . pastikan air rebusan ada rasa yg secukupnya , sebab nasi arab ni tak banyak lauk , jadi nasi kena cukup rasa lemak masinnya . Matikan api dan keluarkan ayam .

2. Lumur ayam dengan madu dan serbuk kunyit . Biarkan seketika .

3. Sementara itu , tumis kan daun pandan , ketumbar , jintan manis dan lada hitam dengan sedikit minyak sehingga naik bau . setelah naik bau , masukkan basmathi tadi dan tumis selama 1 minit . Matikan api .

4. Ambil periuk nasi , masukkan bahan yang telah siap ditumis tadi diikuti dengan bahan rebusan pula . Susun ayam tadi di bahagian atas .

*untuk sukat air rebusan sila ikut jenis beras yang digunakan ye .

5. Masak nasi tersebut menggunakan rice cooker dan siap untuk dihidangkan dengan lauk yang anda suka cth dalca atau sebagainya .


Sumber Resepi : lina kasmani

Thursday, 26 August 2021

NASI AYAM

 Resepi Nasi Ayam Superb



Kalau dapat sepinggan nasi ayam cmni,ampa suka dak? Kaih mai pakat tgk resepi🤗


1. Resepi Nasi Ayam


Tumiskan sedikit ketulan lemak ayam bersama butter....Masukkan halia,bawang merah,bawang putih,serai dan daun pandan sampai naik bau, masukkan beras basmathi yang telah dibasuh dan ditoskan. Goreng seketika sehingga naik bau.

Masukkan beras tadi dalam periuk nasi. Tambahkan air mengikut sukatan yang betul.

Masak seperti biasa.


2. Resepi Ayam


Sekor ayam direbus bersama halia dan sedikit garam sehingga masak.....toskn..lumur kicap manis,kicap masin dan sos tiram....keringkn seketika sblm digoreng dalam minyak yg byk...

( saya buat sekor ayam klo ampa2 nk potong kecik2 pun boleh...tp tekstur ayam lagi lembut dan sedap klo grg sekor2)


3.Sup


Tumis bawang merah,bawang putih dan halia....kemudian masukkn air rebusan ayam td....tambah bebola kalo suka...letak perasa ikut tekak masing2..


4.Sambal Cili


6 bji cili merah

10 bji cili api

2 ulas bawang putih

2 tangkai akar ketumbar

6 sudu gula

Garam

3 bji limau kasturi ( potong dua buang biji )

1 biji air limau nipis

Kisar halus kesemua bahan ( xperlu dimasak ye )


4. Sambal Halia


Tumbuk sedikit halia bersama kiub pati ayam....panaskn sedikit minyak bijan dan masak halia yg ditumbuk td seketika...

( klo xde minyak bijan,minyak biasa pun boleh )


SELAMAT MENCUBA SEMUA🥰 


Krdit resepi: Nur Hidayah

Monday, 23 August 2021

RESEPI NASI BERIANI GAM

RESEPI NASI BERIANI GAM



Bahan-bahan :

3 cawan beras moghul faiza

ayam separuh potong sedang2

1 senduk rempah beriani mak siti

4 cawan air (guna cawan yg sama sukat beras

hiris bawang merah dan putih agak2

sedikit 4 sekawan kayu manis, bunga lawang, biji pelaga, bunga cengkih.

sedikit daun pudina

1 biji tomato di potong 4

1 sudu minyak sapi

setengah senduk minyak masak


Langkah penyediaan:-


Panas kan minyak masak dgn minyak sapi kemudian masuk kan bawang yg telah dihiris bersama 4 sekawan tumis sampai naik bau, masuk rempah beriani yg sudah di bancuh sedikit air tumis sampai naik minyak, bila rencah dah pecah minyak masuk kan 3 sudu kecil garam dan perasa, baru masuk 1 cawan air, bila dah nak didih masuk ayam kacau dan tutup biar ayam cpt masak, agak2 ayam dah masak masuk kan daun pudina dan tomato di atas ayam tak perlu kacau terus masuk kan beras yg sudah di basuh lalu masuk kan air 3 cawan rata kan dan tutup biar didih hinga kering, 😋😋


Bila dah kering keci kan api, titik kan pewarna kuning di atas nasi jangan kacau terus tutup biar kan nasi betul2 kering dan masak. dah kering baru gaul kan selamat mencuba.😋😋

kalau nak pakai daging kena masak kan daging tu sampai empuk, @ rebus dulu daging


Timun, tomato, lemon (dipotong dadu), garam & secukup rasa...


Kredit: ‎Esya Eisya

Saturday, 21 August 2021

Cencaru Sumbat

Resipi Cencaru sumbat Sambal Portugis



 

Ikan cencaru. Belah belakang bersih dan toskan. 

Gaul garam kunyit dan ketepikan dulu. 


Bahan2 sambal


Daun kesum racik2

Bunga kantan hiris nipis2

15biji Limau kasturi/cuit(perah amik air) 

Gula

Garam

Secukup rasa

Aji (ikot masing2) 


*1biji bawang besar 

* 3 biji Bawang kecil 

*3 biji Bawang putih 

*Sedikit belacan

*1biji Tomato

*15 tangkai Cili kering direbus

*3 cili besar hijau

*10 cili api


Cara masak


Blend kasar2 semua bahan bertanda*


Tumis semua bahan diblend tadi dgn minyak sehingga naik bau dn pecah minyak. 


Bila sambai dh masak,masukkan air asan limau kasturi, bunga kantan dan daun kesum. 


Kacau sebati kemudian masukkn garam, gula, secukup rasa klo nk letak aji boleh jgk. 


Kacau2 lg dan rasakan. 


Bila dh pekat ttp api. 

Dan masukkn dlm cencaru td belah belakang sumbat sambal td. 

Goreng dgn garing. 


Angkat dan boleh letak lg sambal tadi dan tuangkan minyak ikan goreng td. 


Siap mkn ns pns2😋😋


Kalo nk bakar pom boleh ikot cara2 masing2. 😊


Ikan apa2 pom boleh jgk ikot selera masing2😊


Sumber : Una Husna

Friday, 20 August 2021

Bubur Lambuk- daging

 Teringin makan bubur daging@ lambuk..

Siap sudah seperiuk.

Alhamdulillah❤️



Resepi Bubur Lambuk daging👇


Bahan2..


💦2 mug beras ( rendam dlm 20min).

💦 Daging ( 1/2 kg...campur yg berlemak).

💦 Rempah sup..( 1 bungkus kecil)

💦 Santan.. (.250 ml)

💦 Lada hitam...3 sb.

💦 Bwg merah...3 biji.

💦 Bwg putih...8 ulas.

💦 Halia....2 jari.

💦 Kentang.

💦 Lobak merah.

💦 Daun sup.

💦 Bwg goreng.


Cara2...


Blend bwg2 & halia...tumis sehingga bwg agak garing.

Masukkan rempah sup....tumis sehingga rempah masak.

Masukkan daging...gaul sebati & masukkan beras.

Goreng beras seketika...masukkan air.

Rebus beras sehingga nmpk lembut.

Masukkan santan & garam..

Lada hitam serbuk masukkan juga.

Masukkan kentang & lobak merah..

Bila sayur dah lembut...tabur daun sup & bwg goreng...

Sesuaikan rasanya..

Bubur Lambuk siap.


*boleh digandingkan dgn ayam/ udg juga.

*bubur lambuk amat popular di bulan ramadhan...

*yg penting...berkhasiat..mudah disediakan & menyelerakkan.


Sumber : Jamal & Asmahan

Airtangan dan gambar: Eniza M. Salim

Wednesday, 18 August 2021

salmon grilled lemon sauce

RESEPI SALMON GRILLED LEMON SAUCE..



Resepi..

- Lumurkan sedikit garam dan blackpepper atas ikan salmon,kemudian grilled salmon dgn sdikit butter..ketepikan..guna minyak yg sama utk buat sos.


Bahan sos..

- Butter

- Bwg putih cincang

- Cooking cream/fresh milk

- Sdikit air perahan lemon

- 1 sudu besar tepung jagung


Bahan perasa

- Parsley cincang

- Cara2..

- Cairkan butter,Tumis bwg putih hgga perang,masukkan cooking cream atau fresh milk,kacau rata..masukkan tepung jagung..matikan api,masuk dlm blender bersama perahan air lemon..bila dh blend masuk dlm kuali balik,kecilkan api..tmbh bhn perasa,garam dan juga gula..bila kuah dh agak pekat,matikan api..masukkan parsley cincang.. siap!! Tuang atas salmon..


Sumber : Herawati Basri

Roti Canai

 ROTI CANAI

https://youtu.be/nyaYGMNgY7I

KENTANG GORENG RANGGUP (POTATO CHIP)

 KENTANG GORENG RANGGUP (POTATO CHIP)



BAHAN:-

3 BIJI KENTANG

2 SUDU MAKAN CUKA

500ML AIR

SEDIKIT PERENCAH MAGGI KARI

SEDIKIT PERENCAH PASTI SEDAP KNORR

MINYAK UNTUK MENGGORENG


CARA2:

1. HIRIS KENTANG NIPIS2 MENGGUNAKAN PISAU BUAH

2. DIDIHKAN AIR BERSAMA CUKA TERLEBIH DAHULU. KEMUDIAN MASUKKAN HIRISAN KENTANG TADI. PERLAHANKAN API. BIAR SELAMA 3 MINIT.

3. ANGKAT DAN CUCI KENTANG TERSEBUT DAN TOSKAN SEBELUM MENGGORENG.

4. PANASKAN MINYAK. GORENG DENGAN API SEDERHANA BESAR. BILA NAMPAK KEKUNINGAN, ANGKAT DAN TOSKAN .

5. TABUR SEDIKIT PERENCAH MAGGI KARI DAN PERENCAH PASTI SEDAP KNORR ATAU APA2 PERENCAH YANG ANDA SUKA.

Resepi Tepung Pelita

 Resepi Tepung Pelita Paling Simple Masak Atas Api Je. Cuma 4 Bahan, Rasa Sebijik Macam Kat Bazar


BAHAN-BAHAN

Untuk bahagian hijau


1 cawan gula

1 cawan tepung beras cap apa sahaja selain 5 gajah

4 cawan air

1 sudu besar pewarna hijau epal

Untuk Bahagian Putih


4/5 sb tepung beras

200-250 ml santan kotak

3 cawan air

1 sudu kecil garam

CARA-CARA

1. MASAK BAHAGIAN PUTIH

Mula-mula satukan semua bahan untuk bahagian hijau ke dalam periuk.


Kacau dulu bagi sebati, masak dengan api sederhana sampai pekat.


Kacau berterusan ya. Jangan berhenti kacau sebab nanti berketul.


Dalam 10-15 minit adunan dah pekat dah.


Jumlah masa nak buat ni lebih kurang 1/2 jam sahaja.



2. TUANG DALAM BEKAS

Bila dah agak likat, terus masukkan panas-panas dalam acuan kecil-kecil.


3. MASAK BAHAGIAN PUTIH

Untuk masak bahagian putih, caranya sama juga seperti di atas.


Masak atas api hingga sebati dan pekat / sampai ada buih besar meletup.


Resepi tepung pelita viral

4. TUANG ATAS BAHAGIAN HIJAU

Bila bahagian putih yang dimasak tu dah likat, boleh tuang di atas lapisan hijau.


Tuang panas-panas ya.



TIPS TAMBAHAN:

Blendkan 2 sudu gula pasir sampai jadi gula hancur.


Tabur rata di setiap bekas sebelum letak bahan hijau.


Jadi lagi sedap bila gula tu cair bila adunan bahaguan hijau yang panas diletak.


(Kalau tak faham, tengok dekat bawah ni ada contoh gambar yang dipinjam dari Facebook.)

Tuesday, 17 August 2021

LAKSA JOHOR

RESEPI LAKSA JOHOR 



Bahan-bahannya :- 


1 paket Spaghetti (direbus)


BAHAN A :-

5 ekor ikan kembong/sardin/parang/tenggiri mengikut citarasa masing-masing(digoreng, dibuang tulang dan ditumbuk atau diblend)

1 paket kecil udang kering (diblend)

Sedikit isi ikan kurau masin (diblend)

Sedikit udang basah (diblend)


BAHAN B (diblend) :-

3 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

10 tangkai cili kering

1 inci halia 

1 inci lengkuas  

1/2 inci kunyit basah

2 batang serai


1 paket santan pekat

1 mangkuk kecil air asam jawa

1 paket kerisik

2 paket kecil rempah kari ikan

Garam halus

Gula pasir

Ajinomoto


Bahan Ulaman/hiasan :-


Limau kasturi di belah dan dibuang biji

Timun hiris

Tauge 

Bawang besar hiris

Daun kesum hiri

Bunga Kantan hiris

Lobak asin halus

Sambal belacan.


CARA-CARA MEMBUAT KUAH LAKSA :-


1.  Panaskan minyak dan masukkan bahan B dan tumis hingga wangi dan naik minyak.


2.  Bila rempah dah garing, masukkan cili blend, rempah kari, kerisik dan kacau hingga naik bau dan naik minyak.


3.  Masukkan bahan A (ikan, udang basah,  udang kering  dan isi ikan kurau masin) yang telah diblend.


4.  Masukkan santan pekat diikuti dengan 2

mangkuk air.


5.  Masukkan air asam jawa. 


6.  Masukkan garam, gula pasir dan sedikit serbuk ajinomoto.

 

7.  Masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 jam 1/2. Kuah akan lebih tahan lama (tidak basi) jika dimasak lebih lama.


8.  Setelah masak bolehlah dihidangkan bersama ulam2an dan hiasannya.


Selamat mencuba.


Hidup muafakat tanpa membezakan,

Berbilang bgsa agma mahupun umur,

Budaya dan adat perbezaan diraikan,

Bersatu padu hidup aman makmur. 


Kredit:Fauziah Ali

Monday, 16 August 2021

Gulai lemak kunyit lengkuas

 Suka tak?Gulai lemak kunyit lengkuas

 (versi kelantan)


.

Resepi:

☑1ekor ikan tongkol( sederhana besar potong ikut suka rebus dengan asam keping masuk garam gula secukup rasa) ikan kembung pun boleh. 

☑1/2 kilo santan pekat

.

Bahan kisar

☑10bji cili kering

☑2biji bawang merah besar

☑2ulas bawang putih

☑2cm lengkuas

☑3cm kunyit hidup

☑Cili merah hijau dan cili padi

.

Cara membuat:

➡Santan pekat campur dgn air(ikut kptan msg2)

➡masuk bahan kisar kacau rata.

Msk dgn api sdhana, sentiasa kacau shgga naik wap..spy santan tk berketul..  

➡Masuk garam gula secukup rasa.Biarkan dia mereneh. 

➡Masukkan ikan yang dah direbus bersama kuahnya sekali tadi biar dia mereneh hingga naik minyak dan berkilat.

➡Masuk cili besar dan cili padi..timun@kacang panjang jika suka.. 

➡ Makin lama reneh makin cantik kuahnya..siap.. 

.

Kredit pic Azizah Daud

RESEPI DAGING BLACKPEPPER

RESEPI DAGING BLACKPEPPER 

https://youtu.be/q1HjDLANG2g



½ kilo daging

5 ulas bawang putih - tumbuk halus

4 biji bawang merah - tumbuk halus

2 inci halia - tumbuk halus

2 sudu besar sos tiram

2 sudu besar kicap manis

sedikit serbuk lada hitam


Bahan-bahan lain:

2 sudu kecil serbuk black pepper

Kicap secukupnya

1 sudu besar tepung jagung

Sedikit air

1 biji tomato

sedikit capsicum hijau

2 biji cili merah

1 biji bawang holland

Daun ketumbar untuk hiasan(optional)

Sunday, 15 August 2021

NASYID

 

STRETCHING

 

MORNING EXERCISE

 

/ Makaroni bakar cheese leleh / LASAGNA DAGING

 

MAKARONI BAKAR CHEESE LELEH



Bahan2

2 cawan makaroni * rebus

1 tin sos spageti prego (perisa tradisional)

Lada hitam ajishio

1 labu bawang besar - cincang

3 ulas bawang putih - cincang

1/2 Minch meat(nak guna semua pon boleh)

1/2 tin cendawan potong dadu

1 bj Carrot kecik potong dadu

1/2 bj Capsicum potong dadu

(Olive kalau xde takyah letak)

Cheddar cheese parut


Cara2:

Panaskan 3 sudu minyak (minyak zaitun dlam gambar tu optional je) masukkan bawang & garlic cincang layukan.. masukkan carrot dan daging kacau2... letak sedikit air utk empukkan daging dan carrot masak dalam 3minit.

Masukkan cendawan, capsicum, olive(kalau ada) kacau sekejap.


Masukkan sos prego kacau dan masukkan makaroni yang dah rebus.

Perisa kan dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam. Garam letak sikit dulu... sbb sos prego dan lada hitam tu dah ada rasa garam.

Boleh masuk dalam bekas alumunium size 7x7 dapat 2bekas. Kalau xder boleh guna loyang masak kek size 9x9


Bahan2 sos putih:

2 cawan susu segar

2sudu bsr tpg gandum

4 sudu bsr butter

Sedikit garam

Masak dalam periuk hingga creamy lebih kurang 5 mins

Tuangkan dan ratakan sos putih di atas makaroni. Parutkan chedar cheese(optional) kalau suka cheese yg banyak.

Lapis dengan cheddar slice atas dia...

Bakar oven 160 selama 20 min


Selamat mencuba


Sumber Resepi : Jija Mychommel


==============

💖 Resepi Lasagna Daging 💖



Bahan inti :

👉🏻 Daging kisar (1paket 400g) kak guna brand Ramly.

👉🏻 Sos Prego spageti (1 tin) 

👉🏻 Sos cili - kak tambah sebab nak rasa pedas

👉🏻 Bawang besar (1biji) - cincang

👉🏻 Bawang putih (5ulas) - cincang

👉🏻 Serbuk lada itam

👉🏻 Garam

Cara-cara :

👉🏻 Tumis bawang besar dengan bawang putih sampai naik bau.

👉🏻 Masukkan daging kisar. Masak sampai empuk. Boleh masukkan sikit air sampai cepat masak.

👉🏻 Masukkan sos Prego, sos cili. Kacau.

👉🏻 Perasakan dengan garam & serbuk lada hitam.

👉🏻 Siap dan ketepikan.

Cara buat sos putih :

👉🏻 5 sudu besar mentega

👉🏻 3 sudu tepung gandum

👉🏻 500ml susu segar

👉🏻 2 keping keju - kak guna Cheesedale

Cara masak :

👉🏻 Cairkan Masukkan tepung gandum. Kacau jangan sampai berketul. Guna api perlahan.

👉🏻 Masukkan susu & cheese. Kacau sebati & cheese cair. Siap. Bila sejuk sos akan pekat.

Lasagna @ roti Gardernia

👉🏻 Kalau guna lasagna kene celup dengan air panas sekejap. Pastu susun dalam loyang.

👉🏻 Kalau guna roti, gelek roti bagi nipis dan celup dengan susu. Susun dlm loyang.

👉🏻 Susun selang seli. Lasagna, inti, sos putih.. Buat berlapis.. Lapisan atas sekali biar sos putih.. Tabur dengan mozarela cheese. Lagi banyak lagi sedap.

👉🏻 Bakar pada suhu 150'C dlm 30-40 minit @ sampai bahagian atas perang-perang..

Siap untuk dimakan! 🤤

.

.

.

.

Kredit : Wahida Zakaria

Resepi air asam.





 





Resepi air asam.

.

Cili padi 10biji

Cili besar 2 biji

Tomato 1biji

Belacan 2 ibu jari

.

- goreng dengan myk sikit.

Lepas tu masukkan dlm blender bersama :

.

Kerisik 2 sudu besar

Asam jawa adabi 2 sudu besar

Air suku cawan ikea

Gula

Garam

.

Blend semua.

.

Bahan hiris:

Bawang besar

Cili besar

Cili padi

Tomato

Limau kasturi hiris dengan kulit skali

.

Campur kan bahan blend dengan bahan hiris.

.

Ps: kalau anpa suka pekat, bahan blend td boleh lebih kan. Cili padi lg byk lg meletop.

Air tu pun ikut nak pekat ke cair. Kalau suku cawan tu pekat sgt, tambah sket nt pun xpe.

.

Lepas tu kan, kau rebus kerang, perisi masuk dlm air asam ni. Walaweiiiii...


Sumber : kuali mama

#bestmalaysiafoodviral



Friday, 13 August 2021

Mee goreng daging

 

RESEPI MEE GORENG DAGING 🍜🍜🍜

.

Bahan²

🌼1 bungkus mee kuning

🌼2 sdb cili kisar

🌼1/2 labu bawang besar

🌼3 ulas bawang putih

🌼200 gm daging hiris nipis

🌼1 inci halia - dihiris halus

🌼1 pokok sawi

🌼1/2 batang carrot- potong jejari

🌼2 sdb sos tiram

🌼3 sdb sos cili

🌼3 sdb kicap pekat

🌼1 kuib daging

🌼1 sdb lada hitam serbuk

🌼1/2 cawan air

Minyak utk menumis

.

Cara²

1. Panaskan minyak tumiskan bawang putih bawang besar yg ditumbuk hingga wangi.

2. Masukkan  cili kisar, masak hingga garing dan masukkan daging. Masuk sedikit air dan biarkan daging empuk.

4. Masukkan  sos cili, sos tiram, kicap pekat, serbuk lada hitam, kiub daging, gula dan sedikit saja garam. Biarkan merenih sebentar.

5. Masukkan mee yang sudah dibasuh dan ditos, carrot dan sawi.

6. Masukkan 1/2 cawan air supaya mee lembut dan mesra dengan sos. Gaul rata dan masak hingga nampak mee lembut. 

7. Siap boleh dihidang dengan taburan bawang goreng dan taburan daun sup

.

Kredit rosmaliza omar

CORNFLAKES CRUNCHY COOKIES


 RESEPI CORNFLAKES CRUNCHY COOKIES

.

Dapat dlm 100 biji 


Resipi asal guna 2 cwn cornflakes . 

Boleh Juga 1/2 cawan ramas hancur campur dlm adunan tepung. 

Yg baki kasar dlm mangkuk yg lain di buat golek-golek. 

Sukatan doh Guna 1 sudu teh. cedok dan golek dlm bekas cornflakes kasar. Mana yg x kena cucuk2 bg cantik. 


- 1 3/4cwn tepung gandum

- 1/4 cwn tepung jagung

- 1/2 sudu teh baking powder

- 2 cawan cornflakes ramas kasar 

- 200g butter (suhu bilik)

- 3/4 cwn gula kastor

- 1 biji kuning telor


Cara-cara:


Gula dan butter di pukul dalam 5 minit... Boleh guna whisk dan masukkan telor


Kemudian masukkan Campuran tepung dan cornflakes serta Baking powder 


Gaul sebati

Panaskan oven terlebih dahulu 170 selama 10 mnt


Sapu nipis permukaan loyang dengan butter 


Sudukan sedikit adunan pada loyang dan buat sampai habis 


Bakar selama 15-20 minit guna api atas bawah..

.

Kredit to Owner - Surainah Hussin

RESEPI SALMON GRILLED LEMON SAUCE

 

RESEPI SALMON GRILLED LEMON SAUCE..


Resepi..

- Lumurkan sedikit garam dan blackpepper atas ikan salmon,kemudian grilled salmon dgn sdikit butter..ketepikan..guna minyak yg sama utk buat sos.


Bahan sos..

- Butter

- Bwg putih cincang

- Cooking cream/fresh milk

- Sdikit air perahan lemon

- 1 sudu besar tepung jagung


Bahan perasa

- Parsley cincang

- Cara2..

- Cairkan butter,Tumis bwg putih hgga perang,masukkan cooking cream atau fresh milk,kacau rata..masukkan tepung jagung..matikan api,masuk dlm blender bersama perahan air lemon..bila dh blend masuk dlm kuali balik,kecilkan api..tmbh bhn perasa,garam dan juga gula..bila kuah dh agak pekat,matikan api..masukkan parsley cincang.. siap!! Tuang atas salmon..


Sumber : Herawati Basri

Resepi Cakoi

 

🥖Resepi Cakoi Lembut dan Mudah🥖😋


Bahan-bahan cakoi :


2 cawan tepung gandum

3/4 cawan air suam

1/2 sudu kecil yis

2 sudu besar gula

1 1/2 sudu besar minyak jagung

1/2 sudu kecil garam


Cara-cara :

Masukkan gula dan yis ke dalam air suam. Kacau dan biarkan yis kembang. Lebih kurang 15 minit.

Satukan tepung, minyak jagung dan garam ke dalam bekas besar.

Masukkan yis yang telah kembang tadi ke dalam bekas tepung. Uli adunan sehingga tidak melekat di tangan dan menjadi doh.

Perap doh sehingga naik 2 kali ganda lebih kurang 1jam.

Tumbuk doh yang telah kembang untuk mengeluarkan angin.

Canai doh secara memanjang. Tebal lebih kurang 1cm. Kemudian potong kecil-kecil secara melintang. Letakkan air di bahagian tengah doh yang telah dipotong kecil dan lapik dua.

Perap doh sekejap lebih kurang 5 ke 10 minit supaya lebih kembang.

Tarik doh memanjang dan terus goreng dengan api sederhana kecil.


Nota :

Jangan guna air yang terlalu panas untuk mengelakkan yis mati.

Uli lama untuk mendapatkan kuih yang lembut.

Boleh tambah sedikit baking powder dan soda bikarbonat jika suka.


💚Resepi Kuah Pandan untuk Cakoi (Ala Kaya Cakoi)💚


Bahan kuah pandan untuk cakoi :-

1 1/2 sb tepung kastard

1 cawan susu segar (guna santan pun boleh)

3-4 sb susu pekat manis (kalau takde, letak gula pun ok)

sedikit pandan paste (kalau takde, letak air daun pandan tu je)


Cara-caranya:


Masuk sumanya dalam periuk dan masak atas api sederhana. Kacau selalu sehingga sedikit pekat (cam kaya tu la..sama je). Angkat dan sejukkan.


Sedia dihidangkan bersama kuih Cakoi Sedap Sangat anda!

.

Kredit: isma wati hashim

Ayam masak merah cara kenduri kahwin..

 

Ayam masak merah cara kenduri kahwin..


Ayam seekor, gaul garam kunyit n goreng dulu jgn garing sgt


Bahan blend

Cili kering 2 genggam, akk cmpur dgn cili kering tk pedas (rebus dulu )

Bwg besar 1 stgh bij

Bwg putih 6-7 ulas

Halia stgh ibu jari

Belacan stgh ibu jari

Buah tomato size besar 2 biji


Bahan tumis

Tiga sekawan

Bwg besar sebiji hiris2

Serai 1-2 btg titik kan

Daun pandan 4-5 helai kerat atau simpul

(wajib ada)


Cara memasak

Cedok minyak dr goreng ayam td dlm 3 senduk

Tumiskan dulu bahan tumis hingga semua layu , kemudian tuangkan bahan blend

Tumis hingga bahan2 menggaring dan pecah minyak..

Agak2 nmpak kurang miyak, tambahkan lagi sikit2..

Lepas dh garing, tambahkan gula, garam dan perasa

Kemudian tuangkan sesenduk susu cair

Biarkan pecah minyak lagi sekali, tambah air kalau terlalu pekat

Dh cukup rasa dn sebati, last masukkan ayam goreng gaul sekata

Taburkan hirisan bwg besar

Kecilkan api, tutup sekejap kuali biarkan ayam mereneh dgn sambal..

Siap tuk dihidangkan..


Silakan mencuba..😊

kredit: Nor Haidah Md Said

RENDANG TOK

 RENDANG TOK 👍



💟BAHAN-BAHAN-


1 kg daging | hiris

500ml santan pekat

4 sudu makan kerisik

3-4 sudu makan gula kabung/Melaka

Sedikit hirisan kelapa

1 helai daun kunyit | mayang halus

1 batang kulit kayu manis

Garam secukup rasa


💟BAHAN KISAR-


2 sudu makan ketumbar

1 sudu teh lada hitam

1 sudu teh serbuk kunyit

1 sudu teh jintan putih

1 sudu teh jintan manis

3 biji buah keras

3 kuntum bunga lawang

15 biji cili kering

5 batang serai

3cm halia

3cm lengkuas

20 biji bawang merah


💟CARA MEMASAK-


Gaulkan daging yang telah dibersihkan dan tos tadi dengan bahan kisar dalam kuali.


Tuangkan santan dan masak atas api sederhana.


Setelah mereneh tambahkana kulit kayu manis dan kepingan kelapa.


Biarkan mereneh hingga kuah pekat.’


Masukkan kerisik dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.


Kecilkan api dan sentiasa kacau hingga timbul minyak.


Tutup api jika tidak mahu garing.


Taburkan daun kunyit dan rendang sedia dihidangkan.


Kredit: Azlina Ina

keropok lekor.

 Kita buat keropok lekor.

Alhamdulillah sedap..



Keropok Lekor Homemade👇

Bhn-

1 kilo ikan kembong(ambil isi mentah tak perlu rebus)*

2 sudu teh garam*

2 sudu teh maggi secukup rasa atau aji*

1 sudu teh lada sulah*

2 cwn tepung ubi

1 cwn tepung gandum

Air sejuk sikit utk letak dlm blender*(skit sja)

Sdikit minyak masak


Cara

1.Kisar semua bhn bertanda*

2.kemudian satu kan bhn yg telah di kisar bersama tepung gandum dan tepung ubi.

3.Gaul dan uli sebati sampai tk melekat di tgn.

4.Dh siap uli,boleh lah di bentuk ikut saiz.

5.Panaskan air dlm periuk atau kuali & rebus.

Pastikan keropok lekor timbul baru di angkat dan gaul dgn sedikit minyak

6. Sejukkan dan boleh lah di goreng.


Airtangan dan gambar: Eniza M. Salim 

Sumber resepi:FB

SERIMUKA DURIAN

 💛 SERIMUKA DURIAN 💛



➡Lapisan Bawah (Pulut)

☑ 2 cawan beras pulut - di rendam di dlm air selama 4 jam & toskan

☑ 2 cawan santan

☑ 2 sudu teh garam halus


➡Lapisan Atas (Durian)

☑ 1 cawan isi durian

☑ 2 cawan santan

☑1 cawan gula pasir

☑ 1/2 cawan tepung gandum

☑ 1/2 cawan tepung kastad

☑ 1 sudu besar tepung beras

☑ 2 biji telur gred B

☑ 1/2 sudu teh garam halus

☑ Pewarna kuning


Cara2 Membuatnya

👉 Lapisan Bawah (Pulut) Sapu loyang saiz 10" dgn minyak & alas plastik wrap. Satukan beras pulut, santan & garam. Kacau rata. Kukus selama 30 minit di atas api sederhana

👉 Setelah pulut masak, gembur2kan. Kemudian ratakan & tekan pulut hingga padat

👉 Lapisan Atas (Durian) Satukan semua bahan. Blend hingga halus. Kemudian masak di atas api kecil hingga naik wap saja

👉 Tuang adunan durian ke atas pulut perlahan-lahan. Kukus semula selama 30 minit di atas api sederhana kecil. Balut penutup pengukus dgn tuala utk elakkan wap air menitik di atas kuih. Lepas tu, kukus 5 minit lagi tanpa penutup supaya permukaannya licin & kering drp air

👉 Sejukkan 3-4 jam di dlm peti ais. Keluarkan drp loyang & potong dgn pisau plastik yg di sapu sikit minyak utk dapatkan potongan yg kemas


Kredit Nor Al Fatihah

#RM

Pulut berinti.

Pulut berinti. 




Resepi copy dr masak apa hari ni je 😀


*Bahan-bahan:*

4cwn beras pulut(rendam sejam)

2 cwn santan

1/2cwn air

Secubit garam (gaul semua dgn santan)


*Bahan inti kelapa *

Rm 3 kelapa parut

1 Nissan kerek

3 sudu gula merah

Sehelai daun pandan

1 sudu besar gula putih

Secubit garam


Cara membuatnya:


Kukus beras pulut  selama 30 min letak skali santan dan garam. 

Saya kukus sekaligus je malas nk bukak letak santan 😁

Setelah pulut masak, angkat. dan biar ia sejuk


Untuk inti kelapa  masukkan gula pasir, nissan, gula merah, garam dan air ke dalam kuali. Masak hingga gula hancur.


Masukkan kelapa parut,daun pandan dan gaul hingga semua sebati. Kacau hingga agak kering. Biarkan ia sejuk.


Letakkan inti kelapa di atas pulut yang dia alaskan dgn daun pisang bentukkan inti  bulat. ya..dh siap 


Biasa buat malam insyaallah petang esok boleh makan lagi 😀


Kredit resepi : eda matt

Daging Masak Merah..

 


Daging Masak Merah.. 

Menu paling senang nak masak.. Dan sedap..


Resepi & Bahan²..


Rebus daging dgn pewarna merah (daging tak perlu di hiris) air rebusan daging tak perlu di buang.. Utk di jadikan kuah nanti.. 


Setelah daging masak & empuk.. Hiris nipis²


Bawang putih di tumbuk kasar

Cili boh/pes cili kering

Sos tiram

Sos tomato

Sos cili

Sedikit kicap sotong

Gula, garam & pak aji (optional) 

Bawang holand, cili merah, bunga kobis (utk hiasan) 


Tumis bawang putih, cili boh, masukkan daging.. 

Goreng seketika.. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato.. & air rebusan daging tadi.. Kuah terpulang nk byk atau sikit.. 

Perasakan dgn gula, garam & pak aji.. Dah siap, bolehlah masukkan bahan hiasan tadi, bawang holand, bunga kobis & cili.. 


Siap utk di hidangkan..


Credit : Cik Ma

Asam rebus ikan + nenas

 DARI DAPUR CHEF WAN



💜Asam rebus ikan + nenas💜


☑3 biji lada merah besar

☑4 biji lada merah kecil

☑1 labu sedang bwg besar

☑1 biji bwg putih.

☑1/2 inci halia

☑1/2 inci kunyit hidup.

gandakan bahan jika masak lebih,sy masak ni utk 5 ekor ikan je.

➡semua bahan ni kisar halus.

☑1keping asam keping.

☑suku biji nenas potong² kecil

☑Daun kesum

☑garam,sedikit gula.


cara²

➡masukkan semua bahan kisar dlm periuk,tambahkan air sebanyak mana yg kita suka,masukkan garam.gula,asam keping,n nenas.

➡masak dgn api yg sedang sehingga kuah mendidih ganas.cukupan rasa.

➡kemudian masukkan ikan n daun kesum.

masak shingga ikan tu masak.

ok siap.


Sumber : As As

Thursday, 12 August 2021

kek Margarin

 


kek marjerin 5 bahan..

wangi ja bau bila bakar..yg pasti kek ni lembap n gebu..anak² mesti suka.

-kek marjerin-
3 biji telor
1 cawan gula
*mixed sehingga kembang dn gebu..ketepikan(sy masukkakn sikit esen vanilla)

1 cawan marjerin
3sdb susu pekat
*pukul guna whisk sehingga lembut 2 bahan ni..

2 cawan tepung self raising
*masukkan dlm adunan telor gn gula td..mixed lebih kurang 2 minit pastu masukkan plak campuran marjerin td..mixed sehingga sebati semua adunan.

*panaskan oven suhu 170..loyang sapu sikit marjerin..sy guna loyang saiz 8.
*turunkan suhu 160 bakar 55 minit-1 jam@sehingga kek masak..suhu bergantung oven masing².

Credit : Siti Hadirah


Birthday Cake

Resepi Kek Birthday

A. Masukkan kedalam kenwood cooking machine dan kisar-
  1. 250 gm (1 cwn ) margerin
  2. 400 gm (2 cwn) gula
kisar dulu yg d atas, kemudian masukkan sikit2
  1. 4 biji telur

B. Timbang 
  1. 4 cwn (1 kg)tepung naik sendiri atau campur 5 camca teh baking powder
  2. 1 camca teh garam

C. Campurkan Cairan
  1. 1 1/2 cawan (360 ml )susu pekat manis (1 cawan susu pekat + 1/2 cwn air)
  2. 2 1/2 camca teh esen vanilla

Adunan
  1. Kisar A,
  2. Masukkan B dan C berselang2.
  3. Blend 
  4. Panaskan oven 375F atau 190.55 celcius
  5. Minyakkan adunan , taburkan gula,
  6. Tuang adunan kdlm bekas.
  7. Bakar 375 F selama 30 min








ayam panggang ala2 Kenny Rogers

 Resepi ayam panggang ala2 Kenny Rogers



*Bahan2 yg diperlukan:=

1 Ekor Ayam

2 Ulas Bawang Besar

5 Ulas Bawang Putih

1 Inci Halia

1 Senduk Sos Lada Hitam

2 SdB Serbuk Lada Hitam

2 SdB Madu

1 Ketul Kiub Ayam

2 SdB Gula Pasir/Perang

2 SdB Serbuk Oregano/herba campuran

Garam secukup rasa

100ml Air

2 SdB Minyak Zaitun/minyak masak biasa pon xpa☺


Cara2:=


Kisar kesemua bahan2 di atas kecuali ayam😁 Lumurkan bahan2 yg dikisar pada keseluruhan ayam yang telah dibersihkan di bahagian luar dan dalam.

Perap ayam selama 1 hingga 2jam di dalam chiller.

Seterusnya boleh la panggang ayam di dalam oven selama 1 jam dgn suhu 220℃.

Bagi pengguna Breadmaker Noxxa suhu cuma tetapkan pada 170℃ dan masanya 1 jam 45 minit..

#Bahan tambahan,disebabkan sy hantu sayur,sy letak ubi kentang,carrot,brokoli dan capsicum.


Sumber Resepi : muhammad azhari

Wednesday, 11 August 2021

Nasi Butter/ Mentegs

NASI MENTEGA

2 sudu makan mentega
1 biji bwg merah
1 ulas bwg putih
2 hiris halia
3 cawan susu segar
1 cawan air
2 cawan beras basmathi
Garam

1. Basuh bersih beras basmathi dan toskan biar kering. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia dengan mentega sampai garing dan wangi. Masukkan dlm periuk bila bahan tumis dah siap.

2. Masukkan susu segar 3 cawan dan 1 cawan air biasa. Anggaran 1 cawan beras basmathi sama dengan 2 cawan cecair.

3. Jangan lupa perasakan dengan garam biar naik rasa lemak nanti. Nak letak daun pandan pun boleh optional. Tanak nasi mentega sehingga masak.

Ayam CRISPY

2 bahagian peha ayam yg di buang tulang.
1 biji telur
5 sudu makan tepung bestari pedas

(UTK SALUTAN)
1 cawan tepung bestari pedas
1/2 cawan tepung jagung

1. Bancuhkan ayam dengan sebiji telur dan juga tepung bestari. Gaulkan semua bahab sampai sebati. Kemudian perap selama sejam dlm peti sejuk. Ratakan ayam bersama tepung hingga sebati.

2. Sediakan bahan kering utk salutan ayam. Campurkan tepung bestari pedas dengan tepung jagung kacau rata.

3. Salutkan ayam perap tadi dengan adunan tepung salut tadi sehingga sebati.

4. Panaskan minyak gorengkan ayam hingga kuning keemasan masak. (Gunakan kuali leper supaya ayam elok terendam dlm minyak).

5. Bila dah elok masak dan kekuningan angkat toskan minyak, ketepikan.

COLESLOW

*1 cawan kobis
*1 cawan kobis unggu
*1/2 cawan lobak merah
*1 biji bawang merah
(Cincang halus bahan yg bertanda *)
5 sudu makan mayonis
1 sudu makan gula
1 sudu teh garam
1/4 cawan susu segar

1. Campurkan semua bahan dlm 1 bekas gaul rata perasakan. Simpan dlm peti sejuk.

2. Sedia dihidangkan bersama nasi mentega & ayam crispy.

Kredit resepi & foto : Umi Watie