Pages

Friday, 3 September 2021

CHICKEN PERATTAL

 JOM MASAK CHICKEN PERATTAL

CHICKEN PERATTAL

******************


.

BAHAN-BAHAN

πŸ₯ž Ayam – dipotong kecil

πŸ₯ž Sebiji tomato

πŸ₯ž Daun kari sikit

πŸ₯ž Daun ketumbar (pilihan, tiada pun takpa)

πŸ₯ž 5 biji bawang kecil

πŸ₯ž 5 ulas bawang putih

πŸ₯ž 2 halia saiz ibu jari

πŸ₯ž 1 batang kayu manis

πŸ₯ž 5 buah pelaga

πŸ₯ž 2 bunga lawang

πŸ₯ž 1/2 sudu besar jintan manis

πŸ₯ž 2 1/2 sudu besar serbuk cili

πŸ₯ž 2 sudu besar serbuk kari ayam atau daging

 πŸ₯ž1 1/2 sudu kecil serbuk kunyit

Garam

.

CARA PENYEDIANNYA

1. Kisar bawang merah kecil, bawang putih dan halia.

2. Kemudian, panaskan kuali dengan minyak dan masukkan buah pelaga, bunga lawang dan jintan manis. Masukkan juga daun kari.

3. Selepas itu, masukkan bahan yang telah dikisar tadi

4. Masukkan sedikit air dan tumis sehingga pecah minyak.

5. Bila dah pecah minyak, masukkan ayam dan 1 1/2 sudu kecil serbuk kunyit.

6. Kacau sebati dan masukkan buah tomato.

7. Masukkan 2 1/2 sudu besar serbuk cili dan 2 sudu besar serbuk kari ayam/daging.

8. Kacau sebati dan masukkan garam. Biar ayam masak dalam api sederhana. Kacau sekali sekala. Jika terlalu kering, boleh tambah air sedikit.

9. Masukkan daun ketumbar. Kacau sebati dan biar masak dalam 5 minit lagi.

10. Siap! Boleh makan dengan nasi panas, capatti, thosai, idly, roti canai, lemang, ketupat. Semua boleh.

SELAMAT MENCUBA πŸ˜ƒ

.

kredit resepi:

sheena supramaniam

No comments:

Post a Comment