Pages

Friday, 17 September 2021

RESEPI NASI DAGING AIR ASAM


 ❤️ RESEPI NASI DAGING AIR ASAM ❤️


▪️2-3 bahagian daging


▪️Garam


▪️Air


Cara


๐Ÿ‘‰Basuh bersih daging, takyah potong biar seketol seketol.


๐Ÿ‘‰Masuk air gan garam masak sampai daging empuk lembut.


BAHAN TUMIS UTK NASI


▪️4 biji buah pelaga


▪️1 batang kulit kayu manis


▪️5 biji bunga cengkih


▪️Setengah sudu lada hitam kasaq


▪️1 kuib ayam


▪️1 sudu minyak sapi tambah sikit minyak masak


▪️Setengah tin susu cair


▪️2 sudu serbuk kurma


▪️Selai daun pandan


▪️Garam secukup rasa


Cara


๐Ÿ‘‰Panaskan minyak sapi gan minyak masak tumis buah pelaga, kayu manis, bunga cengkih lada hitam, tumis hingga naik bau. Pastu baru masuk serbuk kurma. Tumis hingga pecah minyak, baru masukkan susu, daun pandan kuib. Dah wangi baru masukkan beras dalam 4-5 pot. Kacau sebati. Bole dah masuk dalam rice cooker.


๐Ÿ‘‰Tambah air rebusan daging tadi ikut sukatan pot beras tadi jugak. Settle bahagian nasi ๐Ÿ˜‹


RESEPI AIR ASAM


▪️Sudu makan asam jawa


▪️Secawan air


▪️2bijik bawang merah (dadu)


▪️Sebijik tomato (dadu)


▪️10 bijik cili api (potong hiris)


▪️2 bijik cili besar merah (hiris)


▪️Setengah inci belacan


▪️3 4 tangkai daun kesum (cincang)


▪️ Garam gula Secukup rasa


Cara


๐Ÿ‘‰Masuk semua bahan yang dipotong dadu, dhiris dan cincang tadi dalam bekas. Letak air, asam jawa. Kemudian tumbuk lumat belacan masukkan dalam bekas. Gaul semua dah perasa kan dengan gula garam.


‼️ Hidangan ni utk 6-7 orang makan


‼️ Nak sedap goreng daging tu lepas rebus, goreng kejap api besar.


‼️Daging hiris nipis lepas goreng


Okayy siap! ❤️


Sumber : hazwani zakaria


cempedak - tepung goreng rangup

 Cempedak goreng rangup.

 


Resepi bancuhan tepung goreng rangup. Boleh buat utk goreng ikan. Seafood, Pisang. Ubi. Cempedak dan lain2. Tauhu bergedil jualan sy pon sy buat bancuhan tepung ni. Rangup krup krap walaupon sejuk. ๐Ÿ‘


Bahan2

2 cawan tepung beras

1 sudu kecik garam

Sedikit air kapur (hujg sudu kecik)

1 biji telur

Pewarna kuning telur

Ais (4@5 ketul) rahsia tepung rangup tahan lama

Air sejuk (jangan cair atau pekat sgt) nanti ais akan mencair.


Cara2

1. Bancuh semua bahan2 dalam mangkuk.

2. Pastikan minyak panas. Boleh la mula menggoreng.


Kredit: Adriana Arissa

Soto Ayam

 RESEPI KUAH SOTO ๐Ÿ˜‹



1. Blend halia, lada hitam, jintan manis, jintan putih, halia, bawang besar & bawah putih

2. Panaskan minyak, tumis 3 sekawan (kayu manis, bunga lawang & buah pelaga..bila dah naik bau, masukkan bahan blend tadi. Goreng hingga naik minyak & bau semerbak๐Ÿ˜€

3. Masukkan air, sekeping asam keping, sebatang serai dititik. Kemudian masukkan rempah mak siti (masukkan air kacau dahulu so that dia tak berketul kemudian baru masukkan dalam bahan tadi)

4. Masukkan dada ayam dan ayam di rebus sampai masak. Setelah masak keluarkan dan tos. Sup ni di tambah air ikut suka banyak mana kemudian masukkan garam gula secukupnya

5. Ayam yang direbus tadi kemudian di goreng dan diricih2kan


RESEPI BEGEDIL

1. Kentang di buang kulit dan dihiris2 kemudian digoreng

2. Bila dah masak, kentang di tumbuk lumat dan gaulkan dengan mince meat

3. Masukkan sedikit telur (kalau sebijik telor di pecah dan kacau, masukkan separuh) * kalau terlembik masukkan sedikit tepung kalau 'ok'..tepung tidak perlu

4. Potong daun sup & bawang , gaulkan sekali dengan bahan tadi (option). Jangan lupa garam gula dan perasa

5. Kemudian di bulat2kan. Panaskan minyak..celup telur dan goreng dengan api sederhana


RESEPI CILI KICAP

1. Blend cili (sebanyak dan mengikut kepedasan masing2)

2. Seulas dua bawang putih (depends banyak mana cili)

3. Kicap dan garam sedikit

4. Blend kesemua, last sekali perah limau sedikit

Semoga resepi ini memberi manfaat kepada semua๐Ÿ˜‰


Kredit: ‎Kaseh Aryssa‎

Thursday, 16 September 2021

Resepiq Rendang Ayam Pedas Perak

 RESEPI RENDANG AYAM PEDAS PERAK

Assalamualaikum ๐Ÿ˜Š,

Resepi rendang ini arfah belajar dari mak, ia resepi turun-temurun dari opah, arwah moyang(mak opah). Mak & opah cakap rendang yg sedap ialah semua bahan di mayang / racik halus. Zaman dulu takde blender hihihi. Dan ia menjadi ubat bila kita gigit dan makanya hihi.

Resepi rendang ni langsung tidak mengunakan minyak masak yaa. Hanya mengunakan santan. Minyak yg terhasil adalah dari santan sebab kita masak rendang ini sehingga kering & lama. Mak suruh belajar buat sebab mak pun dah tak larat nak tunggu rendang masak berjam-jam, ini cara masa secara tradisi turun-temurun ๐Ÿ’›๐Ÿ’™๐Ÿ’š.


~Resepiq Rendang Ayam Pedas Perak~



Bahan-Bahan ➡️

1) 1 ekor ayam (tak kisah nak potong berapa)

2) 15 biji bawang merah (di racik halus)

3) 13 biji bawang kecil (di racik halus)

4) 5 biji bawang putih (di racik halus)

5) 12g kunyit hidup (di blender)

6) 80g halia tua (di racik halus)

7) 33g lengkuas (di blender)

๐Ÿ˜Ž 4 helai daun limau purut (racik halus)

9) 8 batang serai (racik halus)

10) Gula melaka secukup rasa

11) 4 sudu besar cili boh (bergantung tahap kepedasan yg di inginkan)

12) 2 helai daun kunyit (di racik halus)

13) 1kg santan

14) 90g kerisik

15) Garam secukup rasa

Cara-Caranya ➡️

1) Masukan ayam yg telah di cuci bersih ke dalam kuali.

2) Masukan semua sekali bahan yg di racik halus iaitu bawang merah, bawang kecil, bawang putih, halia & serai yg di racik halus-halus. Masukan juga bahan yg di blender iaitu cili boh, lengkuas & kunyit hidup. Dan masukan ke semua santan. Masak dalam api yg sederhana sahaja. Gaulkan selalu untuk mengelakan hangit. Tutupkan kuali dgn penutup sesekali bukakan penutup dan gaul-gaulkan yaa.

3) Apabila kuah sudah mula nampak macam nak kering, perlahan kan api guna api yg paling slow yaa dan masukan gula melaka, garam secukup rasa, daun limau purut yg di racik halus & kerisik tunggu lagi dlm 30 minit - 40 minit. Selalunya proses nak buat rendang ini makan masa 2jam - 3jam bergantung kepada portion yg kita masak. Kalau nk bg berkuah sedikit jgn masak sampai kering sangat okee ๐Ÿ˜Š.

4) Akhir sekali masuk daun kunyit yang di racik halus. Gaul-gaulkan sebati. Dan boleh di tutupkan api. Rendang ini mampu bertahan 3-4 hari juga bergantung cara memasak. Kalau nak panaskan semula just tambah sedikit air, jgn guna minyak masak.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat :')


NOTA : Rendang yg bahanya di blender & di racik halus akan memberi kelainan dari segi taste / rasanya. Rendang ini juga tidak perlu menumis. Hee


Kredit: Faidhatul Arfah Ahmad

Tuesday, 14 September 2021

Daging Merah ala Thai


Daging Merah ala Thai 


Bahan-Bahan: BAHAN A 

1 biji bawang merah besar 

3 ulas bawang putih 

1 tangkai cili hijau 

1 tangkai cili merah 

1 cm halia 


Bahan A dihiris untuk bahan tumis. 


2 helai daun limau purut (wangi) Perisa : 

Dua sudu besar sos tomato 

Empat sudu besar kicap manis 

Dua sudu besar pewarna merah (cecair) 

Garam sesedap rasa. 


BAHAN B 

200 gram daging lembu. Potong menjadi empat ketul. Rebus dalam air sehingga mendidih selama sejam. Angkat dan hiris nipis. Goreng sekejap dalam minyak supaya berkilat dan cantik. Cara: Tumis bahan A dan daun limau purut hingga wangi dan layu. Masukkan daging dan dua senduk air rebusan daging. Tambah sos tomato, kicap manis dan pewarna merah. Masak dengan api perlahan hingga pekat. Tambah garam 1 sudud kecil. Perisakan sesedap rasa.

✾ RESEPI BEGEDIL AYAM/DAGING ✾

 ✾ RESEPI BEGEDIL AYAM/DAGING ✾



Bahan-Bahannya :

● 3 biji kentang (buang kulit dan hiris)

● ¼ kg daging ayam/lembu cincang

● Lada sulah secukup rasa

● Garam secukup rasa

● 1 genggam bawang goreng

● 1 genggam daun bawang

● 1 biji telur - dipukul

● Minyak masak (untuk menggoreng)


Cara-caranya :

1. Kentang digoreng terlebih dahulu sehingga masak. Kemudian tumbuk halus kentang yang telah masak dan letakkan di dalam mangkuk.


2. Masukkan pula daging cincang ke dalam adunan kentang tadi beserta garam dan lada sulah.


3. Gaulkan adunan tadi sehingga rata dan kepalkan bulat dan leper.


4. Utk mengelakkan adunan tadi pecah semasa menggoreng, sebaik-baiknya celupkan kepalan tadi ke dalam telur dan goreng sehingga masak.


Siap dah boleh dihidangkan dalam meehon sup dan sebagainya.


Silalah share yer dan jika ingin share, komen “SAYA SHARE” supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda nanti.


cpdi

Puding caramel

#TERBONGKAR ~ 6 LANGKAH RESIPI PUDING CARAMEL SURELY SEDAP BUAT KORANG RASA NAK MAKAN SORANG-SORANG, TAK NAK BAGI ORANG LAINNN!!!

.


.

Kalau korang buat baik standby siap-siap nak simpan katne..nanti tengah malam ada yang kerjakan, kalau tak silap-silap bangun pagi esok tengok dah habis.... (dah terkena... haha)

.

.

Puding

1tin susu pekat manis

1tin susu cair

1tin air

1sudu besar tepung custard 

1sudu besar esen vanilla

10biji telur gred A/B

.

Gula hangus

1 cawan gula

*boleh lebihkan gula kalau suka caremal lebih 

.

Cara2 :

1- masak gula hangus dalam loyang. 

2-pukul telur hingga rata

3-masukkan susu pekat manis, susu cair, air, esen vanilla. 

4-bancuh tepung custard dgn sedikit air sehingga sebati sebelum dimasukkan ke dalam adunan. 

5-tuangkan adunan kedalam loyang. 

6-kukus 45minit-1jam mengikut size loyang

.

.

Siapa sini rasa nak cuba? Komen NAK CUBA boleh?

.

.

Tolong Share supaya bantu ramai orang dapat buat puding caramel marvelous letops ni. Hehe 

.

.

.

.

.

Sertai Group Komuniti Dila Cake House :

Klik https://www.facebook.com/groups/1751939105098616/

Resepi ikan bilis - sambal totok

 Pengikat perut suami ...boleh bertambah nasi kalau ada sambal totok ni.๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜


So jangan pelik kalau perut suami makin kembang setaman.. haiii encik suami .. ๐Ÿ‘ป mesti dia baca ni


RESEPI SAMBAL TOTOK



Bahan-Bahannya ialah;

1. Bawang merah 5 ulas,

2. Bawang putih 3 ulas,

3. Bawang besar 1 biji (potong kasar)

4. Cili padi 10 biji

5. Belacan (sebesar ibu jari tangan)

6. Ikan bilis (segenggam)

7. Gula (satu sudu makan/ kurangkan kalau tak suka manis)


Cara-cara memasaknya


-Mula2 Panaskan minyak, goreng kesemua bawang dan cili padi, biar sampai agak kekuningan, kemudian angkat dan toskan.

-Kemudian goreng pula belacan sehingga agak garing (jangan sampai hancur). Angkat dan toskan.

-Dan goreng juga ikan bilis sehingga jadi garing, angkat dan toskan juga.

-Tumbuk bawang, cili padi dan belacan sehingga jadi lumat. Kemudian masukkan gula dan tumbuk juga hingga lumat.

-Akhir sekali, masukkan ikan bilis goreng tadi dan tumbuknya biar sampai ikan bilis itu hancur.


Masakan ini sesuai dimakan dengan nasi yg suam-suam panas.


Makan makanan yg panas sgt hukumnya makruh, jadi makan dgn nasi yg suam-suam...


selamat mencuba hehehe...

Saturday, 11 September 2021

Chicken Chop with Brown Sauce

 Chicken Chop with Brown Sauce ๐Ÿ˜



Resepi brown sauce - untuk 4 keping ayam


(ayam beli kat AEON yg memang dh siap potong utk chicken chop, boleh terus guna)


Bahan-bahan:

√ 1/2 biji bawang holland - saya pakai bawang besar je (potong dadu)

√ 1 sudu besar lada hitam - tumbuk kasar

√ 2 sudu besar tepung gandum - bancuh dgn air panas sikit

√ 1/2 kiub pati ayam

√ 1 sudu besar kicap manis

√ 1 sudu besar sos tiram

√ 1 sudu besar sos blackpepper

√ 2 cwn air

√ 1 sudu besar butter


Cara-cara: 

1) Panaskan butter dan tumis bawang sampai naik bau wangi.

2) Masukkan lada hitam yg ditumbuk kasar tadi. Gaul rata.

3) Masukkan bancuhan tepung gandum. Kacau rata dengan whisk jangan smpai berketul. Masuk air 1 cawan.

4) Masukkan semua jenis sos dan kiub pati ayam. Masukkan lagi baki air tadi.

5) Kacau sampai pekat. Tak perlu tambah garam dan gula.


Resepi Coleslaw ala2 KFC


Bahan:

Kubis - hiris nipis

Carrot - sagat

Jus lemon - saya guna cuka je

Garam

Gula

Mayonis

Susu segar


Cara-cara:

1) Campur semua sayur dan bahan lain sedikit demi sedikit smpai dapat tekstur coleslaw yang digemari.


Kredit: Norhidayu Abdull Rashid

Thursday, 9 September 2021

Nasi Tomato

Nasi tomato๐Ÿ…



Sy suka hancurkan fresh tomato bubuh dlm nasi tomato dlm 4 biji utk 7 pot nasi.


Resepi nasi tomato๐Ÿ…

7 pot beras cuci n toskan.masuk dlm rice cooker.

Tumis dlm kuali:

Bubuh butter 1/2 buku.

4 sekawan

Hirisan halia dlm 1/2inci,bwg putih 7 ulas & bwg besar 1 biji

4 biji tomato. 2 smash hancurkan. 2 biji lagi belah 6 masuk dlm kuali.

1/2 tin susu cair tuang dlm kuali.

2 sdb sos tomato nak bg warna merah sikit.

Garam n perasa.

Kacau n terus tuang dlm periuk nasi.

Sukat air guna jari mcm biasa.

Taburkan kismis & gajus jika mau.

Tggu sampai masak baru kacau balilkkan.tekan periuk nasi lg sekali.

Siap.

Saya lawankn dgn ayam masak merah fav.ank ank.


Kredit Resepi : Adibah Adilah Adawiyah


Like & Share

Senangnya Masak

carrot cake

Carrot cake.



Sy bukan pakar buat cake, tapi bila buat dgn minat dan kasih sayang.., secret recipe pun kalah.


Video yg kedua tu permulaan jer gelap.., sila tgk sampai habis.


Tak susahpun nak buatnya.. cuba dulu.. pasti jadi. In sya Allah..


Bahan;

8 biji telur gred A ( diasingkan)

3 cawan minyak masak (saya guna minyak jagung Mazola)

200g gula castor 

200g brown sugar

3 cawan carrot (diparut)

500g tepung gandum

2 sudu teh serbuk kayu manis (kalau tak suka boleh kurangkan)

2 sudu teh baking soda (sukatan penuh, tapi janganlah membukit sangat)

1-1/2 sudu teh garam

150g walnut ( dicincang)


Cara;

Griskan acuan (10" x 10") dan ketepikan. Panaskan oven pada suhu 175C.


Pukul kuning telur, kemudian masukkan minyak, gula halus dan gula perang serta lobak yang diparut. Kacau sebati, masukkan pula walnut dan akhir sekali masukkan adunan bahan-bahan kering yang diayak tadi. 


Campuran ini tak perlu guna mixer pun ok, saya pukul guna 'hand mixer' jer, masa nak masukkan tepung tu saya guna senduk kayu. (masa ni adunan agak kental)


Pukul putih telur sampai betul-betul kembang, soft peak form (bila kita kaup, dia tak jatuh - ni penting!) dan masukkan dalam adunan kek. Kacau hingga rata.


Bakar pada suhu 175c selama 45-50 min (sehingga masak)


tips: Adunan yang dimasukkan ke acuan jangan terlalu tebal (khuatir sebahagian dalamnya tak masak). 


Cucuk dengan lidi untuk memastikan ianya telah masak, tengok betul2, kadang2 bila cucuk tak melekat lagi tapi ada nampak berminyak pada lidi means belum masak betul, kena betul2 licin lidi tu baru masak.


Frosting. 

120g butter

250g cream cheese

120g icing sugar

1 sudu perahan lemon (Kali ni saya guna oren sunquick.. sedapp)


Pukul semua aduan hingga sebati dan ringan (tapi jangan pula terlebih pukul, nanti ia jadi lebih cair). Dan boleh dihias di atas kek, tabur kacang walnut.


Kalau nak buat icing sugar (incase kalau dah terhabis stok), 1 cawan gula biasa + 1 sudu besar tepung jagung, blend halus.


~ Selamat mencuba ~


Kalau nak personal class.., boleh call saya 012-3457550

Monday, 6 September 2021

APAM BALIK

 RESEPI APAM BALIK



2 cawan tepung gandum

1/2 cawan gula

1 sudu teh soda bikarbonat

1 sudu teh baking powder

1 biji telur

1 1/2 cawan air

2 sudu besar susu tepung

Sedikit pewarna kuning jika suka

Blenderkan sebati

Perap 1 jam.


Inti

Kacang tanah kisar

Jagung tin

Mentega

Gula

Coklat rice


Caranya

Buat atas kuali non stick jgn sapu minyak..buat mcm pankek .tabur atas apam gula kacang tanah.jagung coklat dan sedikit mentega..sukati la inti nk taruk apa.


Apam balik yang dh siap sapu mentega

kredit:empunya resepi

#bestmalaysiafooviral

Sunday, 5 September 2021

PAU

 Pau Gebu Gebas



BAHAN-BAHAN:


250 gram tepung pau baker choice

3 sudu besar gula castor

1 sudu susu pekat

1 sudu teh rata baking powder royal

1/2 cawan air klu doh keras tmbah sikit lgi air

5 gram instant yis

1 sudu besar penuh shortening

1/4 sudu garam halus

1/2 sudu teh krim super(JJ guna Rfb)


CARANYA:

1. Ayak tepung gandum dengan baking powder.


2. Campurkan yis dan shortening masukkan dalam mixer. 


3. Larutkan air dengan susu gula dan garam halus masukkan air dalam mixer.


4. Uli dalam 10 minit biar doh licin dan masukkan krim super. Uli dalam 5 minit dan boleh timbang doh 25 atau 30 gram .


5. Leperkan dan letak inti coklat dan kemaskan. Biar doh naik dalam 15 minit baru di kukus.


6. Kukusan yg sudah mendidih kecilkan api dan biarkan 5 minit baru letak kukusan dan penutup kukusan hendaklah di balut dengan kain.. Kukus selama 7 minit. Turunkan periuk kukusan kebawah baru di buka penutupnya untuk elak pau berkedut...


Tips:  Dalam air kukusan masukkan daun pandan untuk aroma pau okay.


SELAMAT MENCUBA๐Ÿ˜


Kredit: Rofiesyah jaafar

sambal gesek & ulam.

Nasi 3 Budak Gemok



Haa. Fenomena betul nasi 3 budak gemok kat KL tu. Nasi biasa je makan denga ayam kicap specialty depa dengan sambal gesek & ulam. Tu je. Tapi kalau tgk, ya ampun. Terliurnya. Sumpah.

Nak pegi makan semata mata turun KL memang tak la kan. So kita buat laa dulu versi Nasi Kakak Faa Gemok. Haha. Alhamdullillah. Memang kena laa makan simple gini. Ada rezeki, turun KL kita g cari budak² gemok tu. Tengok sape lagi gemok. Hehe.


Ayam Kicap Daun Kari


Bahan:

- 1 ekor ayam (cuci bersih, toskan air.)

-garam secukup rasa

-serbuk kunyit secukupnya

-2 labu bawang besar

-6 ulas bawang putih

-1 inch halia

-minyak masak secukupnya

-1 cawan daun kari

-sedikit air

-1 sudu rempah kari ayam daging

-1 sup bunjut 

-kicap manis secukup rasa

-2 sudu oyster sos

-2 sudu kicap pekat

-2 asam keping


Cara:

-gaul ayam & serbu kunyit. Panaskan minyak. Goreng hingga garing. Habiskan goreng ayam.

-buang sedikit minyak goreng ayam tadi. Balance minyak panaskan semula. Blend bawang² & halia dgn sedikit air.

-masukkan daun kari dalam minyak yg pnas tadi. Masukkan bahan blend. Tumis sampai garing.

-masukkan sup bunjut & serbuk kari. Kacau hingga garing. Tmbah air & asam keping.

-masukkan seafood sauce & semua kicap. Kacau sampai mendidih. Masukkan ayam goreng. Kacau sampai semua masak sebati. Done.

Sambal Belacan Gesek


Bahan:

-10 ke 15 biji cili api merah

-6 ke 8 biji cili api hijau

-1 labu bawang besar

-3 ulas bwang putih

-garam secukup rasa 

-1/2 sudu gula

-1 sudu belacan

-jus limau secukup rasa

-sedikit minyak


Cara:

-hiris semua bawang dan semua cili api. Panaskan minyak. Goreng semua bahan hiris sampai layu. Angkat, toskan minyak dan masukkan ke dalam lesung batu.

-tambah gula, garam & belacan. Tumbuk hingga separuh lumat. Masukkan jus limau. Kacau rata.

-panaskan 2 sudu minyak tadi, tumis semula bahan tumbuk dlm 5 minit. Done. Makan bersama nasi panas, ayam kicap daun kari & ulam.

#dapurfaafeefoo


Credit : nur fakhira mohd rosli via mahn

Saturday, 4 September 2021

roti

 RESEPI ROTI SARANG LEBAH ❤️

kredit- yg empunya resepi



Bahan2:


Air + 1 biji telur = 265g (timbang bersama)

Tepung roti hi protein 500g

Gula 100g

Susu tepung 40g

Butter 80g

Yis 11g

*Bread softener 1/2 sk

*Bread improver 1/2 sk


Atau yg bertanda * boleh juga diganti dgn Shortening 1sudu kecil (untuk jadikan roti gebusss)


Cara :

Masuk semua dalam bread maker. Biarkan BM uli selama 30 minit. Keluarkan. Bentukkan bulat2 sebesar buah langsat atau timbang 18gm. Kalau bekas kecil, saiz bola blh buat 15gm, guna penimbang digital.


Susun dlm bekas yg telah disapu majerin. Biarkan dalam 1jam 30minit untuk doh mengembang 1x ganda.


Sapu permukaan roti dgn kuning telur. Tabur dengan kekacang (biji labu, badam slice, bijan hitam).


Bakar dgn suhu 160-170 selama 20-30minit api atas bawah. Doh akan naik lagi 1x ganda. Lebihkan lagi 5-10 minit jika permukaan roti belum perang kekuningan.


Bila dah masak, keluarkan dari oven, terus sapu dgn butter supaya ia nampak kilat. Bila roti dah suam2, curah sos.


Sos Butterscoth :

Panaskan 1/2 cawan gula perang dengan 2 sudu besar butter, kacau dengan whisk hingga cair dan berbuih. Masukkan 2 cawan whipping cream sedikit demi sedikit, kacau sebati, reneh supaya sedikit pekat. Masukkan 1 penutup essen vanilla. Kacau rata. Tutup api.

kredit:empunya resepi

#bestmalaysiafoodviral

RESEPI BOMBOLINI

 Nak minum petang apa ek? Apa kata korang try buat Bombolini ni! ๐Ÿ˜✨


RESEPI BOMBOLINI



Bahan bahan

1/2 cawan susu segar / susu pekat manis tin (suam-suam kuku)

2 sb gula

1 sb yis

1sb baking powder

2 cawan tepung gandum

1/2 sk garam

1 sk esen vanila

1 biji telur

2 sb mentega (sejuk)


Cara-cara

1. Kacau gula dan yis di dalam susu segar/ tin suam dan biarkan sehingga yis kembang dan berbuih. Lebih kurang 15-20 minit.


2. Campurkan tepung, baking powder dengan garam, esen vanila dan telur. Pukul atau uli dengan tangan sehingga rata.


3. Masukkan susu tadi kedalam adunan tepung. Pukul atau uli sehingga sebati.


4. Masukkan mentega sejuk ke dalam adunan dan pukul lagi atau uli sehingga adunan tidak melekat di tangan.


5. Rehatkan adunan sehingga kembang 2 kali ganda lebih kurang 60 minit.


6. Setelah kembang, leperka. Adunan lebih kurang 1cm dan tekap bulat.


7. Biarkan doh kembang seketika.


8. Panaskan minyak dan goreng doh tadi sehingga garing. Minyak jangan terlalu panas kerana doh akan cepat rentung. Gunakan api sederhana kecil untuk menggoreng.


9. Terbalikkan doh setelah sebelahnya garing. Jangan terbalikkan banyak kali kerana ia akan menyerap minyak.


10. Angkat dan biarkan ia sejuk seketika.


11. Bila donut dah suam boleh golek golekkan atas gula castor dan cinnamon. Kemudian cucuk lubang dengan straw dan picit nutella dalam tu.


Siap ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹


Kredit: Nurah

CHICKEN & MUSHROOM QUICHE๐Ÿ‘ฉ‍๐Ÿณ

 CHICKEN & MUSHROOM QUICHE๐Ÿ‘ฉ‍๐Ÿณ



PASTRI

250 gm tepung gandum -diayak

Secubit garam

170 gm butter sejuk & potong kepada kepingan kecil

1 biji telur  - dipukul perlahan

Sedikit air jika perlu


CARA2NYA MEMBUAT PASTRI:-


1. Satukan tepung dan garam. Gaul dalam butter dengan cepat dengan hujung jari sehingga menjadi seperti serbuk roti.

2. Masukkan telur, jika perlu, tambahkan air supaya doh menjadi lembut.

3. Bentuk doh menjadi bola dan balut dengan plastik. Simpan dalam peti sejuk selama 1/2 jam.

4. Ambil sedikit doh dan tekankan ke dalam acuan tart yang sedang Tekan2 dengan jari kasi kemas dan buangkan lebihan doh. 

5. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180°C selama 15-18 minit. 

6. Bila doh dah masak, biarkan ia di dalam acuannya. Jangan dikeluarkan. Kalau dah biasa buat, boleh keluarkan dari acuannya.


FILLING

2 keping dada ayam - didadu kecil atau dicincang halus

10-15 cendawan shitake fresh- dihiris halus (ikut citarasa masing2)

5 ulas bawang putih - dicincang

Sedikit garam

Sedikit serbuk lada putih


CARA2 MEMBUAT INTI:-

1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. 

2. Tumiskan bawang putih hingga wangi.

3. Masukkan ayam dan goreng hingga masak. Pecahkan ketulan isi ayam yang besar menjadi kecil-kecil dengan sudip supaya senang nanti bila nak sudukan inti ke dalam mangkuk pastri.

4. Masukkan cendawan, garam dan serbuk lada putih. Kacau hingga rata. Masak hingga kering. 

5. Sejukkan.


SOS 

4 biji telur

150 ml UHT whipping cream (heavy cream)

150 gm susu segar 

1/4 sudu teh garam

1 sudu teh serbuk lada putih


100 gm cheddar cheese - diparut halus (tak nak pun takpe)


CARA2NYA:-

1. Satukan telur, whipping cream, susu segar, garam dan serbuk lada putih. Kacau perlahan je hingga sebati. 


2. Pastri yang telah dibakar dibiarkan di dalam acuannya.


3. Taburkan cheddar cheese di dasar pastri.


4. Masukkan inti sampai penuh.


5. Tuangkan adunan susu+telur hingga penuh.


6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180ยบC selama 25-30 minit atau sehingga permukaan quiche bertukar warna coklat dan nampak garing di keliling atas quiche.


NOTA

Saya suka guna isi ayam & fresh shitake mushroom. 

Boleh guna udang, sotong atau apa juga seafood lainnya.


SELAMAT MENCUBA... 

๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’


kredit : cg noriza

Resepi Bebola Ayam

 Resepi Bebola Ayam



Bhn2:

Isi ayam bhgn dada sekeping(1/2 kilo)

3 sdb tepong jagong

Sebiji telor ambek putihnye saje

1/2 btg karot

Sedikit daun bwg n daun ketumbar

Cili besar merah dibuang biji

Sesudu mnyk bijan

Kiub ayam knorr, sedikit, garam, gula, lada sulah n serbok perasa


Cara2:

Kisar semua bahan hingga lumat.

Bentukkan bulat hingga habes.

Panaskn air. Bila mengelegak, masokkan bebola. Biar hingga timbol n angkat.

Siap utk dihidang brsama sos cili.

Boleh juga digoreng. Mmg yummy.

Kalau suka boleh juga dibuat sup, bebola msk sos plum, bebola sweet sour, sambal bebola.

Selamat mencuba resepi mudah ini.

#pic ini adalah bebola ayam yg telah saya goreng#


Sumber  : kutty buji buji

#bestmalaysiafooviral

Friday, 3 September 2021

CHICKEN PERATTAL

 JOM MASAK CHICKEN PERATTAL

CHICKEN PERATTAL

******************


.

BAHAN-BAHAN

๐Ÿฅž Ayam – dipotong kecil

๐Ÿฅž Sebiji tomato

๐Ÿฅž Daun kari sikit

๐Ÿฅž Daun ketumbar (pilihan, tiada pun takpa)

๐Ÿฅž 5 biji bawang kecil

๐Ÿฅž 5 ulas bawang putih

๐Ÿฅž 2 halia saiz ibu jari

๐Ÿฅž 1 batang kayu manis

๐Ÿฅž 5 buah pelaga

๐Ÿฅž 2 bunga lawang

๐Ÿฅž 1/2 sudu besar jintan manis

๐Ÿฅž 2 1/2 sudu besar serbuk cili

๐Ÿฅž 2 sudu besar serbuk kari ayam atau daging

 ๐Ÿฅž1 1/2 sudu kecil serbuk kunyit

Garam

.

CARA PENYEDIANNYA

1. Kisar bawang merah kecil, bawang putih dan halia.

2. Kemudian, panaskan kuali dengan minyak dan masukkan buah pelaga, bunga lawang dan jintan manis. Masukkan juga daun kari.

3. Selepas itu, masukkan bahan yang telah dikisar tadi

4. Masukkan sedikit air dan tumis sehingga pecah minyak.

5. Bila dah pecah minyak, masukkan ayam dan 1 1/2 sudu kecil serbuk kunyit.

6. Kacau sebati dan masukkan buah tomato.

7. Masukkan 2 1/2 sudu besar serbuk cili dan 2 sudu besar serbuk kari ayam/daging.

8. Kacau sebati dan masukkan garam. Biar ayam masak dalam api sederhana. Kacau sekali sekala. Jika terlalu kering, boleh tambah air sedikit.

9. Masukkan daun ketumbar. Kacau sebati dan biar masak dalam 5 minit lagi.

10. Siap! Boleh makan dengan nasi panas, capatti, thosai, idly, roti canai, lemang, ketupat. Semua boleh.

SELAMAT MENCUBA ๐Ÿ˜ƒ

.

kredit resepi:

sheena supramaniam

Thursday, 2 September 2021

MEE BANDUNG SEGERA

Resepi Mee Bandung Segera ๐Ÿœ



1/2 bj bwg merah besar

1/2 bj bwg holland

2 ulas bwg putih

1inch halia

2sb udang kering

5tangkai cili kering (rendam air panas 5minit)


Blend bahan diatas dgn sedikit air dan tumis sampai pecah minyak.

Masukkan bahan dibawah dan reneh sehingga ayam betul2 masak (udang letak lambat sikit)

2sb sos cili

2sb sos tiram

Ayam&udang

1sb chicken stock powder

Gula&garam

500ml air


Lepas tu boleh la adjust rasa kuah ikut selera masing2. Then, masukkan 2sb Kacang tanah (disangai tanpa minyak & tumbuk halus).


Bila dah cukup rasa baru boleh pecahkan telur tapi kacau manja2 jer tau. Masukkan sayur (ikut suka) sawi, carrot, bunga kobis, tomato. Lastly bancuh 2sb tepung jagung dgn air biasa dan masukkan kedalam kuah tadi. Dah siap.

Boleh guna mee kuning @ yee mee. 


Hidangan utk 2 orang


Sumber : puan elise rose

Garlic bread & Creamy mushroom

Resipi Garlic Bread & Creamy Mushroom



BAHAN-BAHAN:


300ml air

500ml susu segar

1-2 kiub ayam

1/2 st daun parsley

1/2 st serbuk lada hitam

1/2 st garam

1/2 cawan tepung gandum

1/2 sb mentega

1 tin cendawan butang(potong hiris/cincang)

sedikit serbuk perasa


CARA MEMASAK:


1. Masuk air & susu dalam periuk.Masak hingga mendidih baru masuk kiub ayam.

2. Kacau 2-3 minit masuk lada hitam,cendawan.Kacau lagi dalam 15 minit.

3. Masuk daun parsley, mentega, garam & kacau lagi dalam 10 minit.

4. Tepung dibancuh dengan air & kacau supaya tidak berketul. Kemudian boleh tapis dalam periuk.

5. Kacau sebati. Sup akan menjadi pekat. Reneh agak lama supaya semua masak elok.

Garlic Bread


BAHAN-BAHAN:


Roti Perancis-hiris (Saya guna roti gardenia je)

2 sudu besar mentega

Secubit daun parsley

1 ulas bawang putih bakar sekejap & tumbuk halus

CARA MEMASAK:

1. Campur semua bahan & sapukan atas roti. Letak atas kuali leper masak hingga garing & keperangan.


Selamat Mencuba!


Kredit : Yatie Yusof

Wednesday, 1 September 2021

SOLOK LADA

 SOLOK LADA



Bahan-bahan

Ikan selayang mentah(5 ekor dpt 10-12 biji solok bergntung pada saiz lada)

Bawang merah 5-6 ulas

Bawang putih 3 ulas

Halia(jgn bnyk ckup sehiris je)

Lada hitam

Kelapa muda

Cara-cara

Ikan selayang dibuang tulang,hiris bwang merah,bawang putih,halia dan gaulkn bersama kelapa kemudian tumbuk smpai lumat

Tambah gula,garam,ajino secukup rasa

Siap utk di sumbat dlm lada dan petola๐Ÿ˜Š

Kemudian rebus @ kukus

Kalau xnk guna ikan mentah,ikan rebus pn blh๐Ÿ˜Š


Kredit: Nurul Izwaniey Sabki https://buff.ly/3y8rYhJ