SMSTSP
08/14(31)
OGOS
2011
RAMADAN 1432H
Pengarah,
Bahagian
Pengurusan,
Sekolah
Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan,
Kementerian Pelajaran Malaysia ,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan.
(U.P PUAN PUTERI ZATUR RAWIHAH BINTI ASORDIN)
Tuan/Puan,
MEMOHON
KELULUSAN MENJALANKAN AKTIVITI PROGRAM PENGANTARABANGSAAN SEKOLAH
BERPRESTASI
TINGGI (SBT) KE HO CHI MINH, VIETNAM
UNTUK PROGRAM R&D (RESEARCH &
DEVELOPMENT) DAN JARINGAN PENDIDIKAN
BERSAMA SEKOLAH LE HONG PHONG SCHOOL HIGH
SCHOOL FOR THE GIFTED.
Dengan hormatnya
perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sehubungan itu, pihak kami ingin
memaklumkan bahawa kami ingin mengadakan Program Pengantarabangsaan SBT di Ho
Chi Minh, Vietnam untuk Program R&D dan jaringan pendidikan dengan pelajar-pelajar
sekolah pintar LA HONG PHONG HIGH SCHOOL FOR THE GIFTED pada 16 hingga 19 Oktober 2011.
3. Untuk
makluman tuan/puan , pihak sekolah akan membuat perkongsian pintar dari
segi “Research & Development” atau
R&D dan juga Program Kemenjadian Murid dengan sekolah pintar tersebut.
Diharapkan dengan adanya peluang untuk mengadakan program sebegini dengan institusi di luar negara , kami
akan dapat membentuk dan membina individu-individu pelajar yang mempunyai karisma, berwibawa , berwawasan
dan berpengetahuan tinggi , berkeyakinan serta tidak kekok berhadapan dengan
pelajar-pelajar asing diperingkat internasional.
4. Bersama-sama ini disertakan
dokumen-dokumen berikut untuk tindakan tuan selanjutnya:
i. 4 Salinan Kertas kerja Program
Pengantarabangsaan
ii. 4 Salinan Lampiran A
iii.
4 salinan Lampiran Maklumat Peserta.
iv.
4 salinan Surat Jemputan dari Le Hong Phong High
School for the Gifted
v.
4 salinan perakuan perbandingan harga.
vi.
4 salinan Tawaran Sebut Harga dari Agen
Pengembaraan
vii.
4 salinan sijil SSM
viii.
4 salinan Lesen Akta Industri Pelancongan 1992
ix.
4 salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat
Bumiputera Kementerian
Kewangan Malaysia
5. Pihak
sekolah amat berharap agar program ini
dapat dijayakan dengan menggunakan peruntukan komponen Program
Pengantarabangsaan Sekolah Berprestasi Tinggi yang mencukupi untuk menampung
pemergian pelajar-pelajar dan guru –guru kami ke negara Vietnam. Semoga program
ini akan membantu membawa warga pendidik dan juga pelajar ke peringkat global
dan mampu menjadikan
mereka modal
insan yang berkebolehan untuk bersaing diperingkat antarabangsa dan
mengharumkan nama negara menjelang 2020.
Sekian. Terima kasih.
“BERKHIDMAT
UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah ,
NAB/nab.
No comments:
Post a Comment