MEMOHON KELULUSAN
MENJALANKAN AKTIVITI PROGRAM PENGANTARABANGSAAN SEKOLAH BERPRESTASI
TINGGI (SBT) KE HO CHI MINH, VIETNAM
UNTUK AKTIVITI JALINAN DAN JARINGAN SERTA PERKONGSIAN PINTAR DENGAN PELAJAR
SEKOLAH LE HONG PHONG SCHOOL HIGH SCHOOL. FOR THE GIFTED.
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sehubungan
itu, pihak kami ingin memaklumkan bahawa kami ingin mengadakan Program
Pengantarabangsaan SBT di Ho Chi Minh, Vietnam untuk aktiviti jalinan dan
jaringan pendidikan serta perkongsian pintar dengan pelajar-pelajar sekolah
pintar LA HONG PHONG HIGH SCHOOL FOR THE GIFTED pada 16 hingga 19 Oktober 2011.
3. Untuk
makluman tuan/puan , pihak sekolah akan membuat perkongsian pintar dari
segi “Research & Development” atau
R&D dengan sekolah pintar tersebut. Diharapkan dengan adanya peluang untuk
mengadakan program sebegini dengan institusi
di luar negara , kami akan dapat membentuk dan membina individu-individu pelajar yang mempunyai karisma,
berwibawa , berwawasan dan berpengetahuan tinggi , berkeyakinan serta tidak
kekok berhadapan dengan pelajar-pelajar asing diperingkat internasional.
4. Bersama-sama ini disertakan
dokumen-dokumen berikut untuk tindakan tuan selanjutnya:
i. Kertas kerja Program
ii. Lampiran A
iii. Senarai Nama Ahli Rombongan.
iv. Tawaran Sebut Harga Pakej.
-2-
5. Pihak
sekolah amat berharap agar program ini
dapat dijayakan dengan menggunakan peruntukan komponen Program
Pengantarabangsaan Sekolah Berprestasi Tinggi yang mencukupi untuk menampung
pemergian pelajar-pelajar dan guru –guru kami ke negara Vietnam. Semoga program
ini akan membantu membawa warga pendidik dan juga pelajar ke peringkat global
dan mampu menjadikan
mereka modal
insan yang berkebolehan untuk bersaing diperingkat antarabangsa dan
mengharumkan nama negara menjelang 2020.
Sekian. Terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK
NEGARA”
Saya yang menurut perintah ,
No comments:
Post a Comment