Pages

Thursday, 25 July 2013

Impak Program Pengantarabangsaan



11.     Impak Program
11.1  Impak Program Terhadap Guru
a)      Guru mendapat pendedahan dalam Sistem Pendidikan di salah satu sekolah yang terbaik di Vietnam.
b)      Hubungan dari segi pendidikan yang terjalin antara kedua-kedua buah sekolah dapat membantu untuk memajukan sistem pendidikan di sekolah masing-masing.Hal ini demikian kerana sistem pendidikan di kedua-kedua sekolah tersebut adalah berbeza antara satu sama lain dimana perkara yang baik akan dijadikan tauladan.
c)       Guru dapat mempelajari cara pengawalan disiplin pelajar yang agak unik.
d)      Guru mendapat pendedahan cara pengajaran & pembelajaran di sekolah tersebut.
e)      Guru juga dapat menjalinkan hubungan yang  baik dengan guru-guru di sekolah Le Hong Phong High School For The Gifted.
f)       Guru dapat menganjurkan Program R&D di sekolah Le Hong Phong dan dapat merasakan hubungan yang erat yang terjalin antara pelajar-pelajar kedua-dua negara.
g)      Guru-guru juga berpeluang melihat sistem pendidikan di salah satu universiti di Ho Chi Minh City, yakni Universiti Ton Duc Thang.
h)      Dapat membuat lawatan ke bangunan asrama universiti yang serba lengkap dan moden dengan segala peralatan canggih. Peluang ini sangat jarang diberikan pada orang luar, namun pihak guru diberi peluang tersebut.
i)        Dapat melihat keberkesanan sistem asrama yang mendidik pelajar bersifat rajin. Sebagai contoh ; pelajar dapat menjalankan aktiviti berkebun di kawasan lapang asrama secara sukarela.
j)        Guru berjaya memastikan pelajar dapat berperanan sebagai duta kecil ke Vietnam dan bersama-sama bekerjasama dengan pelajar university menjayakan Program “Cultural Exchange Program”. Pelajar juga dapat mempersembahkan pertunjukkan kebudayaan disaksikan oleh pelajar-pelajar universiti Ton Duc Thang.
k)       Guru-guru juga berpeluang mengasah kemahiran berkomunikasi menggunakan Bahasa Inggeris.
l)        Meningkatkan keyakinan guru berinteraksi di peringkat antarabangsa.
m)    Guru-guru dapat melihat sendiri tempat-tempat bersejarah di Vietnam , seterusnya mempelajari strategi-strategi peperangan pasukan gerila Vietnam ketika menentang penjajah. Guru-guru juga dapat merasakan empati bilamana melihat kesan-kesan peperangan keatas ,bukan sahaja pasukan Vietnam ,malah tentera Amerika dan juga keturunan mereka.

11.2Impak Program Terhadap Sekolah
a)      Program ini semestinya dapat mengeratkan kerjasama dan menjana perkongsian kepakaran antara guru-guru kedua-dua sekolah.
b)      Semua warga sekolah terutama pelajar mendapat faedah dari program ini melalui proses perkongsian dan penyebaran pengetahuan oleh rakan-rakan yang terlibat secara langsung.
c)       Pelajar-pelajar dan guru dapat  meningkatkan keyakinan diri untuk berinteraksi diperingkat global
d)      Ramai pelajar tertarik untuk menyertai mahupun mengetahui lebih lanjut mengenai Program R&D , yang mana sebelum ini tidak ramai pelajar tahu apa itu R&D.
e)      Sekolah dapat menambahkan jaringan dan jalinan diperingkat antarabangsa :
                                 i.            Jaringan Pendidikan antara SMSTSP dan Le Hong Phong High School For The Gifted.
                               ii.            Jalinan antara SMSTSP dan University Ton Duc Thang, Ho Chi Minh City, Vietnam.
f)       Kajian Lapangan yang telah dibuat oleh pelajar akan dikongsi bersama pelajar –pelajar lain dalam bentuk Video dan juga laporan bertulis yang akan diakses secara mudah di perpustakaan dan juga di website beralamat www.sekolahmenengahsainstuankusyedputra.blogspot.com
g)      Sekolah akan meneruskan penulisan journal sebagai satu cara yang baik untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam Bahasa Inggeris.
h)      Aktiviti-aktiviti R&D akan diperhebatkan lagi supaya sekolah dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berfikiran kreatif dan kritis.

11.3Impak Program Terhadap Pelajar 
11.3.1      Peserta dapat merasai dan mempelajari cara hidup di Vietnam.
a)      Peserta dapat mempelajari sikap penduduk Vietnam yang gigih berusaha untuk mencari rezeki dan seterusnya menimbulkan rasa syukur dalam diri pelajar kerana menjadi rakyat Malaysia yang maju ekonominya
b)      Pelajar mempelajari sifat berhati-hati semasa memandu kereta dan menunggang motosikal. Pada mereka, rakyat Malaysia sepatutnya mencontohi sikap penduduk Vietnam yang sangat berhemah ketika memandu kereta dan menunggang motosikal.

11.3.2      Peserta/pelajar dapat menambah kenalan -          
a)      Para pelajar dapat menambah lebih ramai kenalan baru . Oleh kerana pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk aktiviti R&D. Pelajar mendapat peluang menjalinkan hubungan persahabatan  yang baik antara pelajar kedua-dua sekolah.
b)      Aktiviti yang diadakan telah merapatkan lagi hubungan antara pelajar. Malahan, para pelajar juga turut bertukar e-mail dan nombor telefon agar hubungan yang mesra ini dapat diteruskan

11.3.3      Pengalaman baru
a)         Kebanyakan pelajar yang menyertai program ini belum pernah ke luar negara sebelum ini. Oleh sebab itu, program ini telah memberi peluang kepada mereka untuk ke luar negara dan mendapat pengalaman baru berada di negara orang.
a)         Pelajar Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra juga telah berpeluang untuk merasai sendiri keadaan di dalam Terowong Cu Chi. yang sangar gelap seterusnya dapat merasai keadaan sebenar semasa peperangan.
b)        Pelajar dapat mengetahui dengan lebih terperinci mengenai strategi serangan gerila Vietnam terhadap tentera Amerika.
c)         Pelajar dapat mengambil iktibar daripada kegigihan dan daya kreativiti yang dipamerkan oleh gerila Vietnam ketika menghadapi peperangan. 

11.3.4      Mengasah kemahiran berkomunikasi
a)      Para peserta terutama pelajar sedar keperluan mempunyai kemahiran untuk berkomunikasi dengan baik terutamanya kemahiran berbahasa Inggeris. Kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris sangat diperlukan ketika menjalinkan hubungan dengan pelajar antarabangsa seperti pelajar Le Hong Phong High School for The Gifted dan pelajar Universiti Ton Duc Thang.
b)      Guru dan pelajar Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra dapat belajar serba sedikit perkataan dalam bahasa Vietnamese. Pelajar Le Hong Phong High School for The Gifted juga turut diajar untuk bercakap  dalam bahasa Melayu. Dengan adanya aktiviti pertukaran bahasa tersebut, pelajar dapat mempelajari bahasa negara lain  dan berpeluang menggunakannya.
c)       Hal sedemikian dapat  membuktikan kepada pelajar bahawa kemahiran berkomunikasi sangat penting. Dengan berkomunikasi juga pelajar dapat menambah keyakinan  diri.  Aktiviti yang memerlukan komunikasi secara tidak langsung  dapat mengasah kemahiran pelajar untuk berkomunikasi.

11.3.5      Pertukaran budaya antara negara Malaysia dan Vietnam dapat diwujudkan
a)      Melalui program pengantarabangsaan serta jaringan dan jalinan pendidikan ini, pertukaran budaya antara kedua-kedua buah negara dapat dilaksanakan. Selain dapat mempelajari dan menghayati budaya suatu masyarakat yang lain, pelajar juga berpeluang untuk mempamerkan identiti kebudayaan negara masing-masing. Ini dapat meningkatkan rasa hormat dan menghargai bangsa dan budaya yang berlainan dikalangan peserta.

11.3.6      Menjalin hubungan baik antara 2 negara.
a)      Program jaringan serta jalinan pendidikan ini bukan sahaja dapat mewujudkan hubungan baik antara Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra dengan institusi-institusi pendidikan yang telah dinyatakan malah dapat membantu untuk membentuk hubungan baik dan erat antara pelajar-pelajar yang terlibat. Hal ini sedemikian kerana pelajar-pelajar yang terlibat dalam program ini perlu berinteraksi antara satu sama lain ketika menjalankan aktiviti.
b)      Semangat kerjasama yg baik ditunjukkan oleh pelajar kedua-dua negara.
c)       Komunikasi berkesan antara para pelajar dapat membentuk suatu hubungan baru antara mereka.Program ini bukan sahaja dapat mewujudkan hubungan erat dalam bidang pendidikan antara Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra serta Le Hong Phong High School dan Ton Duc Thang University malah dapat juga membentuk ikatan silaturrahim antara pelajar yang terlibat.
d)      Hubungan yang terjalin antara pelajar Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra dan Le Hong Phong High School serta Ton Duc Thang University dapat membuka minda para pelajar bilamana mereka berinteraksi dengan pelajar yang berlainan latar belakang serta pendidikan.

11.3.7      Penguasaan Bahasa Inggeris dalam berkomunikasi
a)      Pelajar faham kepentingan penggunaan Bahasa Inggeris yang akan memudahkan mereka menjalinkan hubungan antara masyarakat di peringkat antarabangsa.
b)      Semasa program jaringan dan jalinan pendidikan antara Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra dan Le Hong Phong High School serta Ton Duc Thang University diadakan, para pelajar telah menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan ketika berkomunikasi dan perkara ini dapat melatih para pelajar untuk mempraktikkan penggunaan Bahasa Inggeris ketika berkomunikasi antara satu sama lain.
c)       Selain itu, para pelajar juga dapat meningkatkan pengetahuan dalam perbendaharaan kata di samping mempelajari perkataan-perkataan yang baru.


11.3.8      Mengetahui sejarah Negara Vietnam
a)      Kajian lapangan ketempat-tempat bersejarah seperti Terowong Cu Chi dan Muzium perang telah dapat  menyemai kesedaran dalam diri pelajar/ peserta program agar mencintai kedamaian dalam kehidupan serta berusaha untuk mengelakkan peperangan daripada berlaku. Ini adalah kerana peperangan yang berlaku telah meninggalkan banyak kesan negatif yang sukar dilupakan oleh setiap individu yang merasainya.
b)      Peserta mempelajari bahawa kedamaian yang berkekalan akan wujud sekiranya setiap masyarakat saling bertoleransi dan menghormati antara satu sama lain.
c)      Peserta program juga mendapati bahawa peperangan yang berlaku telah meninggalkan pelbagai kesan pahit terhadap mangsa-mangsa peperangan.Kematian,kecacatan dan kehilangan tempat bergantung merupakan kesan yang terpaksa ditanggung oleh setiap mangsa peperangan di Vietnam.

11.3.9      Mengetahui mengenai sistem pendidikan di Vietnam
a)      Pelajar mempelajari bahawa sistem pendidikan di Malaysia dan di Vietnam adalah sangat berbeza dan pelajar dapat menghargai kelebihan mereka sebagai rakyat Malaysia. Perbezaan antara kedua-dua sekolah di kedua-dua negara sangat nyata apabila dinyatakan bahawa untuk mendapat pendidikan di negara Vietnam adalah sangat mahal  berbanding negara kita. Hanya orang-orang yang berkemampuan sahaja yang mampu belajar di Vietnam. Pelajar merasa bersyukur menjadi rakyat Malaysia.
b)      Pelajar dapat menghargai segala kemudahan pendidikan yang didapati di Malaysia jika dibandingkan dengan di Vietnam.

12.          Perancangan Sekolah Sebagai Susulan Daripada Program Ini.
Tindakan Susulan oleh Peserta
a.       Peserta telah membuat laporan berbentuk “multimedia presentation” yang telah ditunjukkan kepada semua pelajar dan guru semasa perhimpunan rasmi.
b.      Semua pelajar akan berterusan menghubungi rakan-rakan yang telah dikenali di Vietnam.
c.       Jemputan untuk lawatan balas dari pihak sekolah dan universiti  telah dimaklumkan. Diharapkan dengan adanya lawatan balas tersebut, hubungan antara SMSTSP dan institusi-institusi pendidikan tersebut sentiasa berterusan.
d.      Program R&D seterusnya akan dirancang dengan baik untuk menarik minat lebih ramai pelajar.
e.      Satu website mengenai program ini telah dimulakan beralamat di www.sekolahmenengahsainstuankusyedputra.blogspot.com

13.          Nota / Bahan yang diperolehi semasa program.
                Lampiran.

14.          Kejayaan
a)     Sekolah telah berjaya mengadakan jaringan dan jalinan diperingkat antarabangsa :
i.         Jaringan Pendidikan antara SMSTSP dan Le Hong Phong High School For The Gifted.
ii.       Jalinan antara SMSTSP dan University Ton Duc Thang, Ho Chi Minh City, Vietnam.
b)       Mengadakan Program R&D di sekolah Le Hong Phong High School For The Gifted
c)       Mengadakan Program Pertukaran Budaya atau  “Cultural Exchange Programme” bersama-sama pelajar Universiti Ton Duc Thang.
d)      Mengadakan kajian lapangan di beberapa buah tempat di Ho Chi Minh City seperti Terowong Cu Chi dan War Museum.
e)      Mejalin hubungan persahabatan antara pelajar-pelajar SMSTSP dan Le Hong Phong High School for the Gifted dan juga pelajar Universiti Ton Duc Thang.
f)       Pelajar dapat meningkatkan keyakinan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris .

15.          Faedah pelaksanaan program kepada sekolah.
a)      Pelajar dan guru mendapat keyakinan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan pelbagai
        bangsa/kerakyatan ketika dalam perjalanan dan juga semasa berada di Ho Chi Minh.
b)      Peserta yang terlibat dalam program ini , samada guru mahupun pelajar, menunjukkan keyakinan yang tinggi dalam menggunakan Bahasa Inggeris  secara spontan.
c)       Pelajar dapat menjalinkan hubungan yang baik dengan pelajar-pelajar luar negara yang terlibat dalam program ini.
d)      Sekolah dapat menarik minat pelajar dalam R&D.
e)      Warga sekolah mendapat maklumat terperinci mengenai sejarah  Vietnam  dan juga cara hidup dan kebudayaan rakyat Vietnam.
f)       Pelajar mendapat pendedahan tentang Research & Development (R&D) . Sebelum ini, ramai pelajar yang tidak tahu apa itu R&D.
g)      Ramai pelajar menunjukkan minat yang mendalam untuk melibatkan diri dalam aktiviti R&D.

16.          Masalah/ Kekangan yang dihadapi sebelum/ semasa program berlangsung kepada sekolah.
a)      Masalah kelulusan program yang hampir dengan tarikh program. Ini menyebabkan booking tiket kapal terbang terpaksa dibatal dan dibuat tempahan lain pada tarikh lulus. Ini menyebabkan harga tiket naik sedikit.
b)      Oleh kerana booking tiket dilaksanakan agak lewat, tempat duduk kapal terbang tidak mencukupi untuk semua pelajar bagi penerbangan petang, oleh itu masa bertolak di bawa ke sebelah pagi dan ini mengurangkan masa yang diperuntukkan untuk perjalanan program di Vietnam.

17.          Cadangan Penambahbaikan Program.
a)   Program ini tersangat baik untuk dilaksanakan bagi mendedahkan pelajar-pelajar ke peringkat antarabangsa, oleh itu dicadangkan peruntukan lebih diberikan supaya lebih ramai pelajar mendapat peluang sebegini.
                b)  Mungkin adalah lebih baik sekiranya pelajar-pelajar dan guru-guru mencetak kad maklumat diri
      (business card) bagi memudahkan proses pengenalan.



Disediakan Oleh                                                                                                               
PN. NORLIDA BT ABU BAKAR                                                                        
PENYELARAS PROGRAM PENGANTARABANGSAAN/                              
GURU KANAN BAHASA











ULASAN  PENGETUA  :

a)      Adalah dicadangkan bahawa program-program seumpama ini harus diperluaskan kepada lebih ramai pelajar supaya semua pelajar mendapat peluang melakukan pengantarabangsaan.

b)      Program ini sangat berjaya oleh kerana disamping melakukan kajian lapangan ketempat-tempat bersejarah, peserta juga telah berjaya menambahkan jaringan dan juga jalingan dengan institusi-institusi di  Vietnam, yakni Le Hong Phong High School For The Gifted  dan juga University Ton Duc Thang di Ho Chi Minh City , Vietnam.

c)       Pihak sekolah juga telah berbesar hati menjemput pelajar-pelajar dan guru dari kedua-dua institusi tersebut melakukan lawatan balas ke Malaysia. Pihak tersebut juga telah menyatakan kesediaan melakukan lawatan balas.



Tandatangan Pengetua

No comments:

Post a Comment