Pages

Saturday, 29 June 2013

SURAT MEMOHON JASA BAIK FASILITATOR



Tuan ,

FASILITATOR  UNTUK  PROGRAM  ENGLISH-IN-CAMP  PERINGKAT  SEKOLAH (SMS)


Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra ingin memohon jasa baik pelajar-pelajar _____________________________  untuk bersama-sama menjayakan program English-In-Camp Peringkat Sekolah bertempat di Sekolah Menengah _____________ pada 28 dan 29 Jun 2013.


3.         Sehubungan dengan itu, pihak sekolah amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat memberikan kebenaran kepada nama-nama yang disenaraikan dalam lampiran untuk membantu pelajar-pelajar tingkatan 3, Sekolah Menengah ___________________ , mempelajari Bahasa Inggeris dalam suasana santai tetapi menyeronokkan. Program English-In-Camp ini juga akan memberi tumpuan kepada kemahiran berkomunikasi dalam situasi kehidupan sebenar.

4.         Semoga dengan kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan dalam program ini dapat membantu memberikan keyakinan diri dan kemampuan berkomunikasi dengan lebih baik kepada pelajar-pelajar tingkatan 3 SMSTSP tersebut. Malahan diharapkan agar mereka akan lebih bermotivasi untuk terus menggunakan bahasa tersebut dengan lebih cekap.

5.         Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Semoga hubungan baik ini akan dapat diteruskan pada masa hadapan.

Sekian.  Terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,



No comments:

Post a Comment