Pages

Thursday, 4 May 2023

Spaghetti Olio Aglio

 Spaghetti Olio Aglio 

(Compliment:  resepi Che Nom)

Bahan-bahan:

  • 500 gram spaghetti (1 paket)
  • 1/2 mangkuk kecil minyak zaitun
  • 5 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1/2 biji bawang besar Holland, potong dadu kecil

  • 2 sudu besar chilli flakes
  • 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 ketul kiub ayam
  • sos tiram

  • 1 mangkuk besar udang, buang kulit
  • 4 ekor sotong, buang lapisan kulit
  • sosej

  • capsicum hijau
  • capsicum merah
  • tomato kecil, potong 2 jika suka
  • daun ketumbar ATAU daun parsley, hiris nipis.

Cara Penyediaan:

  1. Rebus spaghetti dan toskan.
  2. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih bersama bawang holland sehingga kekuningan dan layu.
  3. Masukkan chilli flakes dan serbuk lada hitam.
  4. Kemudian masukkan udang dan sotong.
  5. Masukkan pula spaghetti diikuti capsicum dan tomato. Taburkan kuib ayam yang sudah dileraikan. Boleh tuang sedikit air rebusan spaghetti supaya bahan-bahan semua sebati semasa proses menggoreng spaghetti.
  6. Perasakan gengan garam dan gula secukupnya. Kiub ayam sudah masin jadi berhati-hati dengan anggaran garam yang dimasukkan. Angkat dan tabur hirisan daun ketumbar atau daun parsley semasa menghidang.

Tip:

  • Tips untuk merebus spaghetti dengan betul ialah masak air yang banyak di dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan garam dan spaghetti kering. Tunggu sehingga bahagian bawah sedikit lembut dan kemudian tekan supaya semua spaghetti tenggelam sepenuhnya. Rebus sehingga spaghetti mencapai tahap "al dente" atau masih sedikit keras. Toskan air dan cepat-cepat tuangkan sedikit minyak zaitun kemudian gaul sebati supaya spaghetti tidak melekat bila sejuk nanti.

No comments:

Post a Comment