Pages

Thursday, 18 May 2023

Gulai Daging

 

Pernah makan #GulaiKawahKelantan tak? menu kenduri negeri ambo. Lama dah tak gi makan gulai.. nak balik kampung pun tak boleh musim pkp ni jadi kita kenduri dekat rumah aje lah.. kalau ada yang nak buat saya kongsi resepi cara ibu saya.

Resepi:


1kg daging potong melintang ira nanti cepat empok. Basuh bersih toskan


1/2 kg santan

4 sudu rempah kari

3 sudu kerisik

5 biji kentang buang kulit potong

Sedikit air asam jawa

Nise atau gula melaka

Garam gula secukup rasa

Bahan utk menumis (A)

1 labu bawang merah besar

2 ulas bawang putih

1cm halia


Semua diatas dimayang atau potong


1 batang kayu manis

2 biji buah pelaga

2 kuntum bunga cengkih

1 kuntum bunga lawang

Utk dikisar atau blend (😎

2 labu bawang merah besar

3 ulas bawang putih

2cm halia


Cara membuat:


Panaskan minyak dalam kuali tumis semua bahan A hingga garing dan masuk serbuk kari bancuh dengan sedikit air. Kacau rata hingga pecah minyak masuk bahan B kacau masuk daging kacau bagi sebati biar sehingga air daging keluar. Tambah sedikit air kalau daging belum empuk. Bila dah empuk masuk santan kalau pekat masuk air tengok sebanyak mana kita nak kuah sesuai dengan daging. Masuk kentang biar mengelegak dan mendidih. Masuk air asam jawa garam gula nise secukup rasa dan kerisik. Biarkan mendidih merenih hingga pecah minyak. Gulai kawah ni makin lama didih dengan api kecil makin cantik dan sedap. Tadaa dah siap boleh makan dengan nasi atau pulut dan apa saja yang kita suka. Selamat mencuba semoga bermanfaat.


Kredit :Azizah Daud


🥘Air Fryer RM35.90: https://invol.co/clfeozr 

🍚Mini rice cooker Rm 16.80: https://invol.co/clezs65


follow group ni utk info terkini tempat2 percutian menarik👇🏻https://bit.ly/3xKX0Os

Wednesday, 17 May 2023

Masak cuka ikan

 Arwah mak pesan kalau buat masak cuka ikan kena boh bawang merah n bawah putih yang kecik2..Siap sudah masakan kesukaan arwah mak.

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0D22EhDv9BdtR3xFcLsgZmKwTopBJWjH7hPRq34F5nsviiENUQxKsRMCVMT92AfiYl&id=105925442062210&mibextid=qC1gEa

resepi.


Setengah orang panggil masak cuka ada yang panggil jeruk ikan apa pun selera dimakan dengan nasi panas-panas . Masakan ni kan masak hari ni esok makan lagi sedap..


Nak buat ke..senang ja.


2-3 ketul isi ikan ketul (sedap klau ikan tenggiri atau ikan merah).

10 ulas bawang kechik (pilih ulas yang halus2 tau)

5 ulas bawang putih

6 biji Cili padi

1 camca biji sawi ( mesti ada yang tak kenai)

sikit halia

2 camca Cuka makan

Garam & gula secukup rasa

Sikit minyak untuk menumih.


Nak buat mcmana..


Ikan digaul sikit kunyit & garam pastu goreng.jangan garing sangat tau.

Ambik periuk buh sikit minyak bila panas tumis biji sawi.

Masuk bawang kechik & putih

Masuk 1/2 cawan air.

masuk cuka

Garam

Gula

Cili padi

Biaq sekejap n angkat..dah boleh dihidang.

.

Kredit : empunya resepi

RESEPI IBU SAMBAL

RESEPI IBU SAMBAL


BAHAN-BAHAN :


6 labu bawang merah besar

4 ulas bawang putih

1/2 inci belacan

Sedikit halia (tak nak letak pun boleh)

3 gengam cili kering halus - dikisar 

3 gengam cili kering besar - dikisar

2 sudu (b) pes asam jawa/ cuka

1 keping nisan

4 sudu (b) gula 

Garam 


~ Tips dr arwah mak kalau letak cuka sambal lebih tahan lama. 


CARA-CARANYA :


1. Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan belacan.


2. Panaskan minyak tumis bahan kisar hingga kekuningan.


3. Masukkan kedua² jenis cili yang telah dikisar dan tumis lagi hingga cili betul-betul masak.


4. Masukkan nisan dan gula. Masak hingga pecah minyak selama dua jam dengan api perlahan.


5. Setelah sambal merah cantik baru masukkan pes asam jawa/cuka, garam dan sedikit perasa. Pastikan sambal betul² masak, cantik pecah minyak dan betul² sejuk sebelum simpan dalam botol.


Resepi Oleh: Rozmaliza Omar


SELAMAT MENCUBA 👍

#ARUA — with Lisa Aisha.

Thursday, 4 May 2023

Spaghetti Olio Aglio

 Spaghetti Olio Aglio 

(Compliment:  resepi Che Nom)

Bahan-bahan:

  • 500 gram spaghetti (1 paket)
  • 1/2 mangkuk kecil minyak zaitun
  • 5 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1/2 biji bawang besar Holland, potong dadu kecil

  • 2 sudu besar chilli flakes
  • 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 ketul kiub ayam
  • sos tiram

  • 1 mangkuk besar udang, buang kulit
  • 4 ekor sotong, buang lapisan kulit
  • sosej

  • capsicum hijau
  • capsicum merah
  • tomato kecil, potong 2 jika suka
  • daun ketumbar ATAU daun parsley, hiris nipis.

Cara Penyediaan:

  1. Rebus spaghetti dan toskan.
  2. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih bersama bawang holland sehingga kekuningan dan layu.
  3. Masukkan chilli flakes dan serbuk lada hitam.
  4. Kemudian masukkan udang dan sotong.
  5. Masukkan pula spaghetti diikuti capsicum dan tomato. Taburkan kuib ayam yang sudah dileraikan. Boleh tuang sedikit air rebusan spaghetti supaya bahan-bahan semua sebati semasa proses menggoreng spaghetti.
  6. Perasakan gengan garam dan gula secukupnya. Kiub ayam sudah masin jadi berhati-hati dengan anggaran garam yang dimasukkan. Angkat dan tabur hirisan daun ketumbar atau daun parsley semasa menghidang.

Tip:

  • Tips untuk merebus spaghetti dengan betul ialah masak air yang banyak di dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan garam dan spaghetti kering. Tunggu sehingga bahagian bawah sedikit lembut dan kemudian tekan supaya semua spaghetti tenggelam sepenuhnya. Rebus sehingga spaghetti mencapai tahap "al dente" atau masih sedikit keras. Toskan air dan cepat-cepat tuangkan sedikit minyak zaitun kemudian gaul sebati supaya spaghetti tidak melekat bila sejuk nanti.