https://siraplimau.com/cara-buat-nasi-lemak-mudah/
CARA MASAK NASI LEMAK YANG MUDAH & SEDAP. MESTI JADI!
BAHAN-BAHAN
• Beras 3 cupak
• Halia tumbuk
• Daun pandan 5 helai gunting pendek-pendek
• Santan 1 kotak
• Garam
• Minyak masak
CARA-CARA
1. BASUH & SUKAT BERAS
Begini cara saya sukat beras. Air akan ikut paras beras. Sama macam masak nasi putih juga.
Kalau tengok dalam gambar, beras saya lebih kurang 1 setengah ruas jari macam ni.
2. SUKAT AIR- 1 cawan beras & 1 1/2 cawan air....
Bila dah dapat sukatan beras, saya alihkan beras dalam bekas / penapis lain. Kemudian, periuk nasi tadi saya akan isikan dengan air ikut paras beras yang tadi.
Boleh tengok gambar di bawah. Tadi beras saya 1 setengah ruas jari, jadi sukatan air pun samalah banyak tu juga.
3. MASUKKAN SANTAN
Kemudian masukkan santan satu kotak kecil - SANTAN KARA. Tak kisahlah nak pakai santan jenis apa pun. Saya gunakan kotak yang kecil saja. Ini pun dah cukup rasa lemaknya.
Jangan bazirkan santan yang dalam kotak tu. Masukkan sedikit air ke dalam periuk dan goncang-goncangkan. Tuangkan semula air ke dalam periuk. Pastikan kotak santan tu dah dibasuh dulu.
4. MASUKKAN HALIA
Seterusnya, masukkan halia yang dah diketuk lebih kurang banyak macam ni.
5. MASUKKAN DAUN PANDAN
Saya masukkan 5 helai daun pandan (https://siraplimau.com/resepi-ketupat-pulut-pandan-mudah/) yang dipotong kecil begini.
6. PERASAKAN
Selepas itu perasakan dengan garam.
7. MASUKKAN SEDIKIT MINYAK MASAK
Untuk sukatan nasi 3 cupak tadi, saya gunakan minyak masak lebih kurang 3 sudu besar.
Fungsinya adalah untuk elakkan nasi lembik. Nanti hasilnya berderai elok sebiji-biji.
MASAK AIR REBUSAN TU HINGGA MENDIDIH DAN KEMUDIAN BARU LAH MASUKKAN BERAS...
8. TEKAN BUTANG ‘COOK’
Beginilah rupanya nanti bila dah masukkan semua bahan tadi. Dah boleh letak di rice cooker dan tekan butang ‘cook’. Tapi jangan masukkan beras dulu.
Kita tunggu menggelegak dulu air santan dan daun pandan semua ni supaya nasi lemak akan jadi wangi.
9. MASUKKAN BERAS
Bila dah mula menggelegak, bolehlah masukkan beras yang dah dibasuh dan ditapis tadi.
Jangan sampai air santan menggelegak terlalu lama sebab nanti santan akan pecah. Tak cantik nasi tu nanti. Jadi kena selalu tengok-tengok periuk lepas tekan butang ‘cook’ ya.
10. KACAU SETIAP 5 MINIT HINGGA MASAK
Bila dah masukkan beras, sila kacau setiap 5 minit supaya semua nasi sekata dengan santannya.
Buatlah beberapa kali hingga nasi masak.
Bila nasi lemak dah masak, tak sahlah kalau tak ada sambal tumis (https://siraplimau.com/tips-petua-masak-sambal-nasi-lemak-simple-sedap/) kan?
Kalau tadi resepi nasi lemak daripada ayah, sambal tumis ini pula daripada Mama.
Resepi sambal tumis saya untuk 6 orang makan saya sertakan sekali di sini sekali.
CARA BUAT SAMBAL TUMIS
1. KISAR - Mula-mula, kisarkan
• Bawang merah 1 biji
• Bawang putih 3 ulas
• Halia seinci
• Belacan separuh tapak tangan (digoreng garing dahulu)
• Ikan bilis segenggam (goreng dahulu)
2. TUMIS
Lepas kisar, tumiskan dengan minyak menggoreng ikan bilis tadi. Masa ini kalau ada yang suka bawang dalam sambal, boleh masukkan bawang yang dihiris dalam sambal. Ikan bilis pun boleh masuk sama.
Selepas bahan kisar dan nampak garing, masukkan pula cili kering (yang dah siap direbus dan kisar) dalam 6-7 senduk. Kacaukan sampai naik minyak. Guna api perlahan.
3. PERASAKAN
Bila dah naik minyak, perasakan dengan garam (suku sudu besar), gula (6-7 sudu besar), pes asam jawa (suku sudu besar), gula perang / gula melaka (2 sudu besar). Gula perang ni fungsinya nak bagi sambal tu berwarna cantik @ merah pekat.
4. TUNGGU MENDIDIH
Kalau nak terus makan, boleh tutup api bila sambal dah mendidih. Kalau nak buat niaga, masak perlahan selama 2 jam supaya sambal tahan lama.
Sambil masak sambal boleh rebus telur sekali dekat sebelah.
OK, SIAP AKHIRNYA…
CREDIT TO :
https://siraplimau.com/cara-buat-nasi-lemak-mudah/
No comments:
Post a Comment